PLA Mulakan Latihan 'Misi Keadilan 2025' di Sekitar Taiwan

(CRI)Isnin 29 Disember 2025

Pasukan berbeza khidmat dari Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) melancarkan latihan 'Misi Keadilan 2025' di sekitar pulau Taiwan pada Isnin.

Komando Teater Timur PLA mengerahkan tentera darat, laut, udara dan pasukan roket untuk menjalankan latihan di Selat Taiwan serta perairan utara, barat daya, tenggara dan timur pulau itu.

Jurucakapnya, Shi Yi berkata latihan kali ini merupakan satu bentuk amaran keras kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan' serta kuasa luar yang mencampuri urusan dalaman China.

Beliau menegaskan bahawa ia adalah tindakan yang sah dan perlu untuk melindungi kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Video

Berita Berkaitan