- Lain-lain
Tindakan AS Pergunakan Taiwan Untuk Sekat China Tidak Akan Berhasil -- MFA

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong 'kemerdekaan Taiwan' melalui penjualan senjata hanya akan memusnahkan diri sendiri.
Bahkan perbuatan menyekat China dengan mempergunakan Taiwan mustahil akan berhasil.
Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Khamis, ketika diminta mengulas mengenai pengumuman AS berhubung pakej penjualan senjata bernilai USD11 bilion (RM45.43 bilion) kepada Taiwan.
Guo berkata AS secara terang-terangan mengumumkan rancangan penjualan senjata canggih berjumlah besar kepada Taiwan yang jelas melanggar prinsip Satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.
Bahkan tindakan tersebut turut mencabuli keselamatan kedaulatan dan integriti wilayah China, merosakkan kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan, sekali gus memberi isyarat salah kepada pihak pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.
Susulan itu China mengemukakan bantahan dan mengecam perkara tersebut.
Guo mengulangi pendirian bahawa soal Taiwan adalah hal dalaman China, dan ia adalah garis merah yang pertama yang tidak boleh disentuh dalam hubungan China-AS.
- Sayap Kanan Jepun Sudah Biasa Cipta "Narasi Palsu" - Kementerian Luar China
- Jepun Masih Berlagak dan Cuba Mengelirukan Ramai Pihak
- Dunia Perlu Waspada Kebangkitan Kuasa Militiarisme - Wang Yi
- Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- Tindakan PM Jepun Elak Jawab Soal Taiwan, Tidak Boleh Diterima - Kementerian Luar China
- Kenyataan Sanae Takaichi Bawa Krisis yang Menjejaskan Pelbagai Industri Jepun - Pakar
- Sarjana Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi, Jejaskan Pertukaran Rakyat Jepun-China
- China Sekali Lagi Hantar Surat kepada Ketua PBB, Bantah Kenyataan Jepun
- Tunjuk Perasaan Diadakan Tanpa Berhenti di Jepun, Bantah Kenyataan PM mengenai Taiwan




