AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 28 September 2025

Guangxi terus melangkah ke hadapan dalam sektor teknologi, terbukti dengan kapasiti pusat datanya yang meningkat secara berterusan.

Menurut Kertas Putih Pembangunan Ekonomi Digital Guangxi (2025) yang diumumkan pusat maklumat wilayah autonomi itu baru-baru ini, keseluruhan kapasiti terancang pusat datanya tahun lepas mencecah 164,000 unit standard, meningkat 172% berbanding 2022.

Melihat dari aspek indeks pembangunan daya pengkomputan, Guangxi di tangga ke-17 di seluruh negara, serta keempat antara provinsi dan wilayah di barat.

Dalam industri-industri teras, pendapatan yang dijana Guangxi dalam sektor perkhidmatan berkaitan Internet serta perisian dan teknologi maklumat masing-masing tumbuh sebanyak 33.9% dan 15.8% tahun ke tahun. Indeks pendigitalan sektor perindustrian pula naik 9.57% kepada 72.98, manakala indeks transformasi digital industri pembuatannya kini dalam lingkungan pertengahan atas seluruh negara.

Pada masa yang sama, teknologi digital semakin jelas integrasinya dalam sektor-sektor seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan warga emas. Sebagai contoh, platform pendidikan atas talian “Bagui Teaching Pass” mempunyai 400,600 pengguna aktif setiap minggu; lebih 30 juta orang di merata wilayah telah menggunakan khidmat insurans perubatan atas talian; lebih 800,000 orang telah menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh platform kebajikan warga emas.

Dengan bergantung pada Pusat Data China-ASEAN, Guangxi telah membina sebuah zon rintis kerjasama ekonomi digital menyasarkan ASEAN dan zon rintis kerjasama bakat digital ASEAN, di samping menubuhkan sebuah makmal bersama rentas sempadan. Setakat ini, lebih 20 projek kerjasama kecerdasan buatan rentas sempadan telah dilaksanakan bersama negara ASEAN termasuk Vietnam dan Malaysia, melibatkan senario seperti pengangkutan, logistik, perhutanan dan khidmat awam.

Video

Berita Berkaitan