- Lain-lain
Latihan PLA, Tindakan Perlu untuk Pertahankan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah - MFA

Latihan dilancarkan Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di sekitar pulau Taiwan merupakan tindakan yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.
Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian pada Isnin, susulan laporan bahawa latihan berkenaan dijalankan sebagai tindak balas terhadap penjualan senjata bernilai USD11.1 bilion kepada Taiwan yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) bulan ini.
Lin mengulangi pendirian bahawa soal Taiwan merupakan teras utama kepentingan China.
Tekad China dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara serta integriti wilayah tidak pernah goyah, katanya.
Lin berkata China akan mengambil tindakan balas tegas terhadap segala tindakan provokasi yang melampaui garis merah berhubung soal Taiwan.
Sebarang cubaan yang berniat menghalang penyatuan semula China pasti akan gagal, tambah beliau.
- PLA Mulakan Latihan 'Misi Keadilan 2025' di Sekitar Taiwan
- Tindakan AS Pergunakan Taiwan Untuk Sekat China Tidak Akan Berhasil -- MFA
- Sayap Kanan Jepun Sudah Biasa Cipta "Narasi Palsu" - Kementerian Luar China
- Jepun Masih Berlagak dan Cuba Mengelirukan Ramai Pihak
- Dunia Perlu Waspada Kebangkitan Kuasa Militiarisme - Wang Yi
- Jepun Sekali Lagi Didesak Tarik Balik Kenyataan Salah
- Tinjauan CGTN: Jepun Perlu Renung Kembali Sejarah
- Tindakan PM Jepun Elak Jawab Soal Taiwan, Tidak Boleh Diterima - Kementerian Luar China
- Kenyataan Sanae Takaichi Bawa Krisis yang Menjejaskan Pelbagai Industri Jepun - Pakar
- Sarjana Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi, Jejaskan Pertukaran Rakyat Jepun-China




