- Lain-lain
Tinjauan Perlihat Daya Tarikan China Masa Kini

Pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu ini mendapat pengiktirafan tinggi masyarakat antarabangsa, menurut satu tinjauan terbaru oleh Global Times Institute.
“Tinjauan Global mengenai Impresi dan Pemahaman tentang China 2025” yang diumumkan Isnin lalu itu menganalisis pandangan sekitar 51,700 responden dari 46 negara.

Berdasarkan tinjauan, hampir 80 peratus responden antarabangsa bersetuju dengan falsafah “membina sebuah komuniti berkongsi masa depan buat umat manusia” serta “air jernih dan gunung hijau bagaikan gunung emas dan perak”. Manakala, “mentadbir parti secara penuh dan ketat”, “memperdalam pembaharuan secara komprehensif” dan “falsafah pembangunan berteraskan rakyat” masing-masing dinilai positif oleh lebih 70 peratus. Responden dari negara-negara membangun mencatat kadar respons positif melebihi 80 peratus bagi lima konsep tersebut, jauh lebih tinggi daripada sahutan 60 peratus di negara-negara maju.
Sampel yang pelbagai ini – yang melibatkan sistem, budaya, dan tahap pembangunan berbeza – dapat menjadi cermin yang lebih jelas dan tepat untuk memahami “bagaimana dunia melihat China”.

Tinjauan menunjukkan bahawa kata kunci yang paling kerap dikaitkan dengan China oleh responden asing pada 2025 termasuklah ekonomi, teknologi, sains, pembangunan, kekuatan, kebaikan, budaya, kemajuan, dan inovasi. Apabila responden memuji keupayaan China dari segi teknologi serta semangat kerja keras dan inovasinya, mereka sering memikirkan perkara yang lazim dan ketara seperti klip video popular, kereta api laju yang canggih, dan sistem pembayaran mudah alih yang senang digunakan.
Hakikat bahawa liputan media dan platform sosial bersama-sama memainkan peranan sebagai sumber maklumat utama mengenai China menandakan tidak cukup sekadar menceritakan kisah-kisah China dengan baik, tetapi perlunya juga membuka jendela untuk membolehkan dunia melihat logik pembangunan, daya tahan pentadbiran, dan juga keterbukaan China.
Tambahan pula, sama ada individu berkenaan pernah melawat China, banyak mempengaruhi pertimbangan mereka; sedangkan dasar bebas visa meningkatkan kesediaan untuk menjalankan pertukaran orang ke orang. Pengalaman peribadi yang dibawa pulang ke negara sendiri mampu menguatkan lagi kesan positifnya hingga berlipat ganda, sekali gus membantu mengatasi prejudis dan kepompong maklumat.

Tinjauan turut mendapati bahawa lebih daripada separuh responden asing memandang kepada Pertubuhan Pengantaraan Antarabangsa yang beribu pejabat di Hong Kong untuk menyumbang kepada penyelesaian pertikaian serta sinergi antarabangsa yang damai. Lebih 60 peratus daripada mereka berharap China memainkan peranan lebih besar dalam menggalakkan penyelesaian isu-isu panas antarabangsa seperti krisis Ukraine, konflik Palestin-Israel, dan konflik Israel-Iran. Jelaslah, tatkala masalah ketidakseimbangan, ketidaktenteraman dan ketidakberkesanan merundung tadbir urus global, China dilihat sebagai kuasa yang boleh dipercayai untuk menjadi pengantara.
Pada masa yang sama, bangkitnya sentimen antarabangsa menentang tindakan membuli dan memperalatkan peraturan, membuktikan bahawa yang diperlukan dunia ini bukanlah logik mainan campur-tolak “politik kuasa”, tetapi “falsafah menang-menang” berlandaskan keterbukaan, untung bersama, dan kerjasama.
- Pembangunan Hijau Ciri Menonjol Modenisasi Ala China - MFA
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Lima Dekad Elektrifikasi: Kereta Api China Sentiasa di Barisan Hadapan Dalam Era Pintar
- Xi Sampaikan Salam Sempena Pesta Tuaian China
- China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu
- Modenisasi China Bertunjangkan Tiga Sektor Saling Sokong
- Xi: Galakkan Golongan Muda Era Baru Bertanggungjawab dalam Pembinaan Modenisasi Gaya China
- Xi Mahu Semangat dan Usaha Kekal Teguh, Meski Zaman Berubah
- Modenisasi ala China Rujukan bagi Pembangunan Negara Lain - Duta Besar Laos
- Memajukan Hak Asasi Manusia Menersui Pembangunan: Kepentingan Global Amalan China




