- Lain-lain
Tinjauan 2025: Pemikiran Xi Jinping Dapat Pengiktirafan Masyarakat Antarabangsa
Satu tinjauan global baru-baru ini memperlihatkan persepsi positif masyarakat antarabangsa terhadap pembangunan China serta pengaruh negara ini yang semakin besar. “Tinjauan Global mengenai Impresi dan Pemahaman tentang China 2025” itu yang dijalankan oleh Global Times Institute pada Ogos hingga Oktober 2025, menghimpunkan respons daripada anggaran 51,700 individu dari 46 negara, tidak termasuk China sendiri.

Pengiktirafan Tinggi terhadap Konsep-konsep China
Tinjauan menunjukkan terdapatnya pengiktirafan yang tinggi terhadap beberapa konsep daripada Pemikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China Pada Era Baharu Ini. Misalnya, “membina sebuah komuniti berkongsi masa depan buat umat manusia” serta “air jernih dan gunung hijau bagaikan gunung emas dan perak” diterima positif oleh hampir 80% responden. Manakala, konsep-konsep seperti “mentadbir parti secara penuh dan ketat”, “memperdalam pembaharuan secara komprehensif” dan “falsafah pembangunan berteraskan rakyat” masing-masing dinilai positif oleh lebih 70%. Kadar ini secara konsistennya lebih tinggi di negara membangun yang mencatatkan lebih 80% setuju berbanding 60% di negara maju.
Amalan tadbir urus China juga mendapat sanjungan. Hampir 70% responden asing memandang positif akan standard pentadbiran ketat yang dilaksanakan oleh Parti Komunis China. Selain itu, hampir tiga perempat daripada mereka yang ditinjau mengiktiraf nilai mekanisme pelan lima tahun China, dengan kadar pengiktirafan melebihi 80% di negara-negara BRICS, Asia Barat, ASEAN, dan Afrika.

Persepsi Ekonomi Positif
Lebih daripada 80% responden menilai positif pertumbuhan China pada 2025, dengan hampir 90% menyuarakan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi China dalam sepuluh tahun akan datang. Persepsi mengenai kekuatan komprehensif negara China kian meningkat, dengan lebih 78% mengakui peningkatannya – naik 8 mata peratusan berbanding 2024. Dalam satu ranking global melibatkan negara-negara utama dunia, China di tangga kedua menurut model skor berpemberat.


Minat terhadap Budaya dan Teknologi
Secara keseluruhannya, sentimen positif terhadap China mencecah 69%, naik 6 mata peratusan berbanding 2024. Penilaian positif khususnya lebih tinggi di negara-negara Asia Barat, ASEAN, BRICS, dan Afrika. Sains dan teknologi China disambut baik oleh 80% responden, dan lebih 90% menzahirkan minat terhadap China, dengan budaya dan teknologi sebagai bidang-bidang utama fokus mereka.
Tinjauan turut mengenal pasti media berita dan media sosial sebagai saluran utama untuk belajar tentang China. Didapati, 75% daripada responden mahu melawat China terutamanya untuk melancong (49%) dan membeli-belah (23%).


Jangkaan mengenai Tadbir Urus Global dan Hubungan China-AS
Dalam hal ehwal antarabangsa, lebih daripada 70% responden menjangka China akan memainkan peranan lebih besar di persada global. Hampir 60% membayangkan aturan antarabangsa akan datang sebagai satu “sistem dunia multipolar yang adil dan teratur”. 70% daripada responden menyokong sistem antarabangsa berpaksikan PBB, sedangkan 36% mahukan pembaharuannya.
Menyentuh hubungan China-AS, lebih daripada 70% responden antarabangsa mahu melihat ikatan menjadi stabil atau ketegangan mereda, sentimen yang konsisten dengan tinjauan tahun lepas.
Lebih 60% responden antarabangsa mengkritik tindakan AS menaikkan tarif di peringkat global, dengan lebih 70% bersetuju dengan tentangan dan langkah balas yang diambil oleh China.

Hasrat untuk Ikatan Bilateral Lebih Rapat
Lebih 80% percaya bahawa negara mereka mempunyai hubungan yang normal, akrab, atau pun strategik dengan China. Memandang ke depan, lebih daripada dua pertiga berharap hubungan negara mereka dengan China akan bertambah baik pada masa akan datang.
Tinjauan juga mendapati bahawa antara kumpulan demografi di seberang laut, mereka yang lebih muda dan berpendidikan tinggi lebih cenderung untuk menunjukkan minat dan bersikap positif terhadap China.

- Artikel Xi Mengenai Pelaksanaan Empat Inisiatif Global Diterbitkan Dalam "Qiushi" Edisi ke-20
- Program mengenai Pemikiran Budaya, Ekonomi Xi Jinping Disiar di Hong Kong
- Program Khas Xi Jinping mengenai Budaya dan Ekonomi Disiarkan di Macau
- Artikel Penting Xi Diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" Isu ke-18
- Wacana Xi mengenai Kerja Berkaitan Wanita, Kanak-kanak, Keluarga Diterbit
- Ucaptama Xi Jinping pada Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia
- Dua Dekad "Hijau itu Emas": Teknologi Tenaga Suria Terma China Terangi Jalan Menuju Pembangunan Hijau Global
- Dua Dekad "Hijau itu Emas": Sanjiangyuan, Sumber Tiga Sungai yang Terus Mengalir
- "Kisah Xi Jinping dalam Bidang Kebudayaan" Dilancarkan di Media Arus Perdana Negara Anggota SCO
- Buku Wacana Xi mengenai Pemerkasaan Pembaharuan Diterbit




