Artikel Xi Mengenai Pelaksanaan Empat Inisiatif Global Diterbitkan Dalam "Qiushi" Edisi ke-20

(CRI)Khamis 16 Oktober 2025

Artikel Presiden China, Xi Jinping bertajuk “Menggalakkan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan, Keselamatan, Peradaban dan Tadbir Urus Global" diterbitkan pada Khamis dan dimuatkan dalam Jurnal "Qiushi" edisi ke-20 tahun 2025.

Artikel tersebut merupakan petikan ucapan penting Xi dari September 2021 hingga September 2025.

Xi menekankan bahawa dunia pada hari ini berdepan dengan "defisit" yang semakin meruncing dalam aspek keamanan, pembangunan, keselamatan dan tadbir urus.

Pelbagai inisiatif global serta konsep membina komuniti berkongsi nasib sesama insan digariskan sebagai langkah menangani cabaran ini demi membentuk dunia yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sejahtera untuk semua rakyat.

Artikel tersebut turut mengingatkan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, satu detik penting untuk mengenang sejarah serta memperkukuh komitmen ke arah masa depan bersama.

China komited dalam memajukan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama melalui kerjasama erat dengan negara-negara lain.

Video

Berita Berkaitan