Korea Selatan Ingin Rapatkan Hubungan Perdagangan dengan China

(CRI)Isnin 05 Januari 2026

Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Korea Selatan dengan China amat rapat, dan terwujud banyak faktor yang bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi masing-masing.

"Saya percaya lawatan saya ke China kali ini pasti akan mendorong hubungan kedua-dua negara memasuki fasa pembangunan baharu," kata Lee ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) menjelang lawatan beliau ke China, baru-baru ini.

Pada 4 hingga 7 Jan ini, Presiden Lee Jae-myung akan melakukan lawatan sulungnya ke China, dengan mengetuai delegasi perdagangan besar yang terdiri lebih 200 anggota.

"Di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping, China telah mencapai pembangunan besar dalam bidang ekonomi, dan dalam beberapa sektor teknologi dan modal telah mencapai tahap sama malah mendahului Korea Selatan," kata Lee.

Beliau juga merancang untuk mencorak hubungan ekonomi yang saling menguntungkan dengan China, berasaskan pembinaan kolabrasi sama rata, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan industri berteknologi canggih.

Lee Jae-myung banyak kali melakukan lawatan ke China semasa beliau memegang jawatan datuk bandar Seongnam dan Gobenor provinsi Gyeonggi. Beliau memberi penilaian tinggi terhadap daya inovasi dan pembangunan berkualiti tinggi di China.

"Pembangunan di China amat pesat. Setiap kali datang ke China, saya berasa seolah-olah berada di dunia baharu," kata Lee.

Beliau berpendapat bahawa China mempunyai keupayaan hebat dalam mengatasi krisis dan menjadikan peluang. Beliau turut memberi penilaian tinggi terhadap langkah China yang mempromosikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi.

"Trend tersebut dipercayai akan dikekalkan dan diperkuat. Saya menanti-nantikan kerjasama dengan China dalam bidang tersebut dan ini pasti akan membawa peluang besar kepada Korea Selatan," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan