Pegawai Kanan Rumah Putih Mengaku AS Gunakan Tekanan Ekonomi untuk Kawal Venezuela

(CRI)Selasa 06 Januari 2026

Amerika Syarikat (AS) sedang menggunakan kawalan de facto terhadap ekonomi Venezuela sebagai tekanan bagi memaksa kepimpinan baharu negara itu bertindak selaras tuntutan Presiden AS, Donald Trump.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Kakitangan Rumah Putih, Stephen Miller dalam satu temubual pada Isnin.

Miller mendakwa pegawai Venezuela sudah berjanji akan memenuhi “syarat, tuntutan dan peraturan” yang ditetapkan AS.

Ujarnya Venezuela perlu mendapat kebenaran AS jika ingin menjalankan perdagangan dan ekonomi.

"Oleh itu AS berada dalam kedudukan dominan,” katanya.

Video

Berita Berkaitan