China, Afrika Selatan Sedia Pertingkat Kepercayaan Politik

(CRI)Isnin 12 Januari 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan Ronald Lamola pada Sabtu.

Dalam perbualan telefon tersebut, Wang mengucapkan tahniah kepada Afrika Selatan atas kejayaannya menganjurkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun lalu, meskipun berdepan tekanan luar.

Beliau berkata dalam suasana dunia yang bergolak, China menyokong penuh Afrika Selatan untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam hal ehwal antarabangsa.

Wang menambah, China juga bersedia untuk bersama-sama negara Selatan Global termasuk Afrika Selatan bagi menjunjung matlamat dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menentang hukum rimba dan hegemoni, serta bersama-sama mempertahankan hak dan kepentingan sah negara-negara membangun.

Sementara itu Lamola berkata Afrika Selatan berpegang teguh pada prinsip satu China dan bersedia untuk terus memperkukuh kepercayaan politik, memperdalam kerjasama pragmatik, mempertahankan multilatralisme serta menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan