- Lain-lain
Dulu Lot Kosong, Kini Taman Kucing (6)
![]() |
| Pelawat berinteraksi dengan kucing di sebuah taman bertemakan kucing di daerah Nan’an, bandar Chongqing, barat daya China, 5 Januari 2026. (Xinhua/Huang Wei) |
Bermula 2025, sebuah lot kosong yang terletak di tebing Sungai Yangtze di daerah Nan’an, bandar Chongqing, telah ditransformasikan menjadi sebuah taman bertemakan kucing. Meliputi keluasan 30,000 meter persegi, taman itu menjadi tempat perlindungan untuk kucing-kucing terbiar yang ditinggalkan atau cedera.
Selepas menerima rawatan dan vaksinasi, kucing-kucing yang sihat merayau-rayau dengan bebas di kawasan terbuka untuk berinteraksi dengan pelawat, manakala yang mengalami kecacatan diberikan perhatian di zon jagaan khas. Demi keselamatan, taman tersebut dikendalikan oleh lebih 40 orang profesional, termasuk doktor haiwan dan penjaga, yang memeriksa kesihatan kucing setiap hari dan menunjukkan cara interaksi yang betul kepada pelawat.
Setakat ini, mereka telah menyelamatkan lebih 600 ekor kucing terbiar. Sejak dibuka kepada orang awam pada awal Januari, lebih daripada 50 ekor kucing telah “diangkat” oleh keluarga baharu.
- Pesona Panorama Gaung Wuxia di Wushan, Chongqing
- Oren Navel Dari Chongqing Lebarkan Sayap di Pentas Global
- Kehadiran Produk Buluh Kaunti Zhongxian Semakin Kukuh Dalam Pasaran Malaysia
- Penduduk Kampung Chongyi Sakan Bersukan di Sawah Berteres
- ‘Kota Ajaib 8D’ Perkenal Monorel Comel Bertemakan Panda
- Pertunjukan Fesyen Luar Berlatar Kilauan Metropolitan Chongqing
- Jom Ke China | Siar-siar di Kota Penuh Ketakjuban Chongqing
- Nanchuan, Chongqing: Hutan Kaleidoskop Musim Sejuk
- China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
- Riang Ria di Taman Tema Air Chongqing





