- Lain-lain
KDNK China Pecah RMB140 Trilion pada 2025, Naik 5.0 Peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB140.1879 trilion (RM81.6693 trilion) pada 2025, menokok 5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut pengiraan awal Biro Statistik Negara (NBS).
Pada sidang media yang dianjurkan Jabatan Penerangan Dewan Negara China pagi Isnin, Ketua Pengarah NBS Kang Yi menyatakan bahawa sasaran utama pembangunan sosioekonomi telah dicapai pada tahun lepas, sekali gus menandakan penutupan yang sempurna bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 (2020-2025).
Menurut data statistik, pendapatan boleh guna perkapita penduduk China mencatat RMB43,377 (RM25,270) pada tahun 2025, meningkat 5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Di samping itu, pengeluaran industri meningkat dengan pesat. Antaranya sektor pembuatan kelengkapan dan peralatan, serta pembuatan berteknologi tinggi masing-masing mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Nilai tambah industri berskala besar meningkat 5.9 peratus.
Sementara itu, indeks harga pengguna (CPI) pada tahun 2025 mencatat paras yang sama berbanding tahun sebelumnya.
Menurut NBS, pengeluaran bijirin di seluruh China merekodkan 714.88 juta tan pada 2025, meningkat 8.38 juta tan, iaitu peningkatan sebanyak 1.2 peratus.
Dimaklumkan lagi, skala jualan di pasaran semakin diperluas, dengan jualan runcit perkhidmatan menyaksikan pertumbuhan pesat.
Menurut data statistik, jumlah jualan runcit barangan pengguna pada 2025 mencecah RMB50.1202 trilion (RM29.1985 trilion), menokok 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, jumlah jualan runcit dalam talian mencapai RMB15.9722 trilion (RM9.3049 trilion), meningkat 8.6 peratus.
- Terus Yakin, Maju Ke Hadapan Dengan Keazaman
- Ekonomi China Terus Berkembang Kukuh
- Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025
- China Rekod Pertumbuhan KDNK 5.3 Peratus Separuh Pertama 2025, Pamer Momentum Kukuh, Berdaya Tahan
- KDNK China Catat Pertumbuhan Stabil 5.3 Peratus pada Separuh Pertama 2025
- KDNK China Tumbuh 5.4 Peratus Suku Pertama
- KDNK China Sekitar 5% Bagi 2025
- KDNK China Melonjak 5% pada 2024
- Perbelanjaan R&D China Naik 8.3 Peratus pada 2024
- KDNK China Tumbuh 5 Peratus, Capai Sasaran Tahunan




