- Lain-lain
Peluang Baharu di Sebalik Pertumbuhan KDNK China
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2025, Menurutt statistik dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.
Pelbagai pihak antarabangsa memuji prestasi ekonomi China melebihi jangkaan dan menunjukkan daya tahan yang kukuh.
Tahun 2025 merupakan tahun terakhir bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14, menyaksikan matlamat dan tugas utama pembangunan sosioekonomi berjaya dicapai dengan nilai KDNK buat julung kalinya melepasi paras 140 trilion yuan (RM81.39 trilion).
Pada masa ini, China merupakan rakan dagang utama bagi lebih 160 negara dan wilayah.
Produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi menjadi pemacu utama pertumbuhan eksport negara.
Sementara itu, skala import barangan membaharui rekod apabila mencecah 18.5 trilion yuan (RM10.76 trilion) pada 2025.
Menurut laporan disiarkan firma perakaunan KPMG, hampir 70 peratus syarikat multinasional yang ditinjau yakin terhadap prospek pembangunan mereka di China dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, manakala 94 peratus menyatakan akan terus melabur di pasaran negara ini.
Trend perkembangan ekonomi China ke arah lebih baik dalam jangka panjang tidak berubah, biarpun berdepan persekitaran luaran yang agak rumit dan mencabar.
Melihat prestasi ekonomi serta komitmen China untuk terus memperluas keterbukaan, dunia yakin bahawa negara Tembok Besar kekal merupakan 'oasis pertumbuhan' dan 'lubuk inovasi' bagi ekonomi sejagat.
- KDNK China Pecah RMB140 Trilion pada 2025, Naik 5.0 Peratus
- Terus Yakin, Maju Ke Hadapan Dengan Keazaman
- Ekonomi China Terus Berkembang Kukuh
- Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025
- China Rekod Pertumbuhan KDNK 5.3 Peratus Separuh Pertama 2025, Pamer Momentum Kukuh, Berdaya Tahan
- KDNK China Catat Pertumbuhan Stabil 5.3 Peratus pada Separuh Pertama 2025
- KDNK China Tumbuh 5.4 Peratus Suku Pertama
- KDNK China Sekitar 5% Bagi 2025
- KDNK China Melonjak 5% pada 2024
- Perbelanjaan R&D China Naik 8.3 Peratus pada 2024




