- Lain-lain
China Teguh Sokong Multilateralisme, Perdagangan Bebas - Naib Perdana Menteri

Naib Perdana Menteri China He Lifeng pada Selasa menyeru komuniti antarabangsa agar menyokong multilateralisme dan perdagangan bebas, dan komited dengan kerjasama sama menang.
He, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, membuat kenyataan tersebut ketika berucap pada Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 di Davos, Switzerland.
Beliau berkata sejak Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan di forum Davos pada Januari 2017, China bersungguh-sungguh melaksanakan komitmennya, di samping menyokong teguh multilateralisme dan perdagangan bebas.Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden Xi telah menganjurkan empat inisiatif global, sekali gus menyediakan pelan China kepada penyelesaianmasalah yang dihadapi bersama oleh dunia.

He Lifeng dalam ucapannya menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa harus menyokong teguh perdagangan bebas dan memajukan globalisasi ekonomi yang inklusif dan bermanfaat untuk semua.
Menurut beliau, komuniti antarabangsa dikehendaki memelihara multilateralisme dan mendorong penambahbaikan orde perdagangan antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.
Sementara itu, menurut He, pelbagai negara patut mempertahankan kerjasama sama menang, bersama-sama menyelesaikan masalah pembangunan, di samping menjunjung prinsip saling menghormati dan berunding secara sama rata, serta memanfaatkan dialog untuk mengawal perselisihan dan menyelesaikan masalah.
He Lifeng juga menekankan bahawa pembangunan China akan membawa peluang penting kepada dunia.
Sempena sidang tahunan WEF, He juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Switzerland, Guy Parmelin dan Timbalan PresidenIgnazio Cassis.
Beliau menzahirkan keinginan China untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara China dengan Switzerland, serta mempergiat kerjasama dua hala dan pelbagai hala.
Pemimpin Switzerland pula berharap untuk mempercepat rundingan penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas dengan China, serta menegaskan sokongan terhadap multilateralisme dan perdagangan bebas.
- Harap Semua Negara Bersama Dukung Multilateralisme: Presiden Iceland
- China Keluarkan Laporan tentang Pelaksanaan Peraturan WTO AS pada 2025
- Dakapi China, Dakapi Peluang
- China Seru Junjung Multilateralisme, Galak Pembangunan Terbuka dan Inklusif
- Dialog "1+10", Amalan Multilateralisme yang Tepat pada Waktunya
- Elak Politikkan Kerjasama Tenaga Alternatif: Duta China
- Xi Seru Dunia Bina Tamadun Multipolar
- Kerjasama Multilateral, Fokus GSS di Berlin
- China Seru Amalkan Multilateralisme Jitu
- China Seru Utamakan Pembangunan




