- Lain-lain
Harap Semua Negara Bersama Dukung Multilateralisme: Presiden Iceland

Semua negara baik besar mahupun kecil diharap dapat bersama-sama mendukung multilateralisme, kata Presiden Iceland Halla Tomasdottir.
Beliau menzahirkan harapan supaya negara-negara di dunia menghormati kedaulatan, kelebihan, budaya dan sejarah satu sama lain, di samping mengumpul konsensus bagi merungkai cabaran utama.
"Demi menangani cabaran tersebut, kita perlu menghapuskan jurang antara jantina dan generasi serta perbezaan pendapat di peringkat global.
"Pada pendapat saya, kepimpinan model baharu diperlihatkan dalam usaha mengatasi semua jurang tersebut dan berganding bahu menangani cabaran global dengan setiap negara mengoptimumkan kelebihan masing-masing," kata Tomasdottir dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Menurut beliau, komitmen bersama harus dikekalkan bagi menangani pelbagai cabaran dan tiada siapa pun dapat bertindak sendiri.
Tomasdottir turut menyuarakan kebimbangan terhadap gelombang anti globalisasi dan amalan yang menentang perdagangan bebas.
Adalah tidak bijak jika menganggap bertindak sendiri lebih baik daripada bekerjasama, katanya.
- China Keluarkan Laporan tentang Pelaksanaan Peraturan WTO AS pada 2025
- Dakapi China, Dakapi Peluang
- China Seru Junjung Multilateralisme, Galak Pembangunan Terbuka dan Inklusif
- Dialog "1+10", Amalan Multilateralisme yang Tepat pada Waktunya
- Elak Politikkan Kerjasama Tenaga Alternatif: Duta China
- Xi Seru Dunia Bina Tamadun Multipolar
- Kerjasama Multilateral, Fokus GSS di Berlin
- China Seru Amalkan Multilateralisme Jitu
- China Seru Utamakan Pembangunan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi




