- Lain-lain
China Operator Rangkaian Pengecas EV Terbesar
![]() |
| Kenderaan elektrik sedang dicas di stesen Taman Quanhu yang dilengkapi dengan unit pengecas terdingin cecair ultrapantas di Guiyang, provinsi Guizhou, barat daya China, 13 Jun 2025. (Foto/Xinhua) |
China telah membina rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia, yang dapat memenuhi permintaan daripada lebih 40 juta kenderaan tenaga baharu, menurut Pentadbiran Tenaga Negara (NEA) pada Rabu.
Maklum NEA, jumlah kemudahan pengecasan yang tersedia di seluruh negara mencecah 20.092 juta setakat hujung 2025.
NEA juga memaklumkan bahawa peluasan infrastruktur terbabit dipercepat dengan signifikannya pada tahun lalu, yang memakan masa hanya 18 bulan untuk bertambah daripada 10 juta kepada 20 juta unit.
Secara puratanya, sebanyak 46.5 kilowatt kuasa dibekalkan kepada setiap fasiliti pengecasan EV awam, naik 33 peratus tahun ke tahun.
China telah memasang 71,500 cerucuk pengecas di lebih 98 peratus kawasan perkhidmatan lebuh raya, dengan 19 wilayah peringkat provinsi menjamin liputan menyeluruh di semua pekan, menurut NEA.
- China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik
- Pameran Auto Guangzhou 2025 Tampil 629 Unit NEV
- Infrastruktur Pengecasan EV China Catat Momentum Pertumbuhan
- Pasaran NEV China Terus Tumbuh Kukuh
- Pembuatan China Perkuat Peralihan Global kepada Pengangkutan Hijau
- China Catat Pengeluaran dan Jualan NEV Terbanyak di Dunia
- China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia
- Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024
- BEV China Laris Dijual di Pasaran Indonesia
- China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025





