China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia

(CRI)Selasa 26 Ogos 2025

China berjaya membina rangkaian pengecasan kenderaan elektrik bateri (BEV) yang terbesar di dunia iaitu secara purata sebanyak dua kemudahan pengecas bagi 5 buah BEV.

Kejayaan itu dicapai sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (2021-2025) Ke-14 mengenai Pembangunan Ekonomi dan Sosial di China.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Biro Sumber Tenaga Negara, Wang Hongzhi dalam sidang media pada Selasa.

Beliau berkata China telah membentuk sistem sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang terbesar dan berkembang pesat di dunia dengan nisbah kapasiti janakuasa sumber TBB meningkat daripada 40 peratus kepada kira-kira 60 peratus.

Video

Berita Berkaitan