- Lain-lain
Pembuatan China Perkuat Peralihan Global kepada Pengangkutan Hijau
![]() |
| Dengan konsepnya yang mesra alam dan reka bentuknya bergaya, BYD Dolphin iaitu kereta elektrik oleh pengeluar kenderaan China, BYD, kelihatan menarik pengguna golongan muda di Cape Town, Afrika Selatan. (Foto oleh People’s Daily) |
Di Asia Tenggara, skuter elektrik ringan membantu mengurangkan tekanan dalam perjalanan bandar. Di Eropah, kenderaan elektrik China disanjung dek ciri pemanduan pintar dan jarak yang mengagumkan. Manakala di Amerika Latin, bas elektrik yang berkeliaran di jalanan bandar telah menjadi elemen tetap baharu dalam landskap bandar.
Pengangkutan hijau sedang rancak di serata dunia, dengan produk keluaran China memainkan peranan yang penting.
Kenderaan yang mampu milik dan mesra alam secara tidak langsung memberikan pilihan kepada orang ramai dalam membuat pilihan untuk kaedah pengembaraan masing-masing, sambil membentuk semula sistem pengangkutan dan mendorong peralihan global kepada masa depan yang rendah karbon.
Pada masa sama, syarikat tenaga baharu China juga sedang galak membina kilang-kilang di luar negara, sekali gus mencipta sejumlah besar pekerjaan dan membolehkan komuniti tempatan untuk mendapat manfaat daripada penaiktarafan industri.
Dengan membekalkan kepada dunia dengan produk hijau berkualiti tinggi dan mampu milik selain menyediakan teknologi untuk mendorong kecekapan tenaga, pembuatan China sedang memupuk perkongsian saling untung menerusi operasi dan pengeluaran setempat.
Melangkah ke pentas global, ia menjadi sebahagian penting dalam sistem pengangkutan banyak negara, dan menjadi satu contoh jelas terhadap peralihan ke arah pengangkutan yang lebih hijau.
![]() |
| Foto memperlihatkan teksi elektrik yang dikeluarkan oleh pembuat kereta China, GAC Aion di sebatang jalan di Khon Kaen, Thailand. (Foto oleh People’s Daily) |
![]() |
| Foto menunjukkan sebuah cawangan jenama motosikal elektrik China iaitu Yadea, di Provinsi Bac Ninh, Vietnam. Sejak membuka cawangan luar negara yang pertama di Bac Ninh pada 2019, Yadea telah mengembangkan pelaburan tempatan bagi menawarkan solusi mesra alam dan pintar kepada pasaran Vietnam. (Foto oleh People’s Daily) |
![]() |
| Foto bas elektrik dwi-mod yang dikeluarkan oleh pembuat kenderaan China, Yutong di Bandar Mexico, ibu kota Mexico. (Foto oleh People’s Daily) |
![]() |
| Kereta elektrik buatan China sedang mengecas bateri di sebuah stesen pengecas di Phnom Penh, Kemboja. (Foto oleh People’s Daily) |
- China Catat Pengeluaran dan Jualan NEV Terbanyak di Dunia
- China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia
- Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024
- BEV China Laris Dijual di Pasaran Indonesia
- China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025
- Pelaburan China Perkuat Rantai Bekalan EV Indonesia
- Pembuat Kenderaan China Semakin Aktif Dalam Ekonomi Beraltitud Rendah
- Xiaomi Perkenal SUV Elektrik, Cermin Mata AI Pertama
- China Bakal Promosi Kempen Penjualan NEV di Kaunti, Perbandaran
- BYD Kembangkan Kapasiti Eksport EV, Umum Kapal Kargo Pembawa Kereta Kelima









