China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 November 2025

Antara kenderaan yang akan dihapuskan di sebuah kilang di Tongling, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Guo Shining)

Antara kenderaan yang akan dihapuskan di sebuah kilang di Tongling, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Guo Shining)

Dengan terdapatnya lebih daripada 40 juta kenderaan tenaga baharu (NEV) di atas jalan raya, China kini memasuki fasa baharu dalam pengembaraan elektrifikasinya, susulan daripada penamatan penggunaan bateri kuasa generasi awal.

Berbanding dengan hanya membiarkan bateri tersebut menjadi liabiliti kepada alam sekitar, China sedang memajukan transformasinya kepada sumber utama, iaitu ‘Lombong Bandar’.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, China telah mengeluarkan 22 piawaian kebangsaan yang memfokuskan terhadap mengitar dan mengguna semula bateri kuasa tersebut, sekali gus menyediakan asas untuk sistem yang berstandard dan mampan.

Xu Guangjiang, profer di Jabatan Dasar Awam, Fakulti Dasar dan Pentadbiran Awam di Universiti Renmin China menyifatkan bahawa terdapat dua kaedah untuk bateri kuasa yang sudah tidak digunakan.

Menurutnya, yang pertama adalah penggunaan boleh jana semula, dengan melibatkan penghapusan, pengisihan, peleburan, atau membaiki bahan-bahan menjadi ekstrak logam yang bernilai seperti litium, kobalt dan nikel, yang kemudiannya akan digunakan semula dalam kitaran pengeluaran baharu.

Yang keduanya adalah penggunaan lata, iaitu ketika bateri diuji, dinyahhimpun, disusun semula menjadi produk bateri kegunaan sekunder yang memenuhi kriteria prestasi tertentu. Antara penggunaannya adalah termasuk penyimpanan tenaga dan sistem bantuan kecemasan.

Pembuangan bateri kuasa secara salah akan memberikan kesan serius terhadap risiko alam sekitar dan keselamatan berikutan terdapatnya kandungan boleh terbakar dan logam berat yang mampu mencemarkan tanah, sumber air dan udara.

Pekerja sedang menghasilkan cangkerang aluminium untuk bateri kuasa di sebuah bengkel milik firma teknologi di Tangling, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Chen Lei)

Pekerja sedang menghasilkan cangkerang aluminium untuk bateri kuasa di sebuah bengkel milik firma teknologi di Tangling, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Chen Lei)

Pada 2024, China mengimport sekitar 5.25 juta tan pati litium, iaitu peningkatan kasar sebanyak 31 peratus dari tahun ke tahun setahun. Kebiasaannya, bateri lama mengandungi kepekatan logam kritikal yang lebih tinggi berbanding bijih semula jadi, sekali gus menjadikan pemulihannya sebagai komponen penting dalam keselamatan sumber.

Sebagai pengeluar dan pengguna bateri kuasa terbesar di dunia, China telah menduduki tempat pertama di peringkat global dalam output dan jualan NEV selama 10 tahun berturut-turut. Pada 2024, pengeluaran NEV negara itu melebihi 13 juta unit, dan gelombang persaraan bateri berskala besar dijangkakan pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Pentadbiran Negara untuk Pemantauan Pasaran (SAMR) China, jumlah kuasa kitar semula China telah melebihi 300,000 tan, mewakili nilai pasaran lebih daripada RMB48 bilion (AS$6.75 bilion). Menjelang 2030, pasaran kitar semula bateri domestik dijangka melebihi RMB100 bilion.

Sistem kitar semula yang dibangunkan dengan baik adalah penting untuk melindungi alam sekitar, memastikan keselamatan awam, dan menyokong pertumbuhan berkualiti tinggi bagi industri NEV dan bateri.

Walau bagaimanapun, masih terdapat cabaran termasuk amalan kitar semula yang tidak konsisten dan keperluan untuk kemajuan teknologi selanjutnya.

Sebagai tindak balas, Majlis Negara China telah menerima pakai pelan tindakan awal tahun ini untuk mempertingkatkan sistem kitar semula dan penggunaan bateri kebangsaan. Pelan tersebut menekankan tentang peningkatan piawaian, keselamatan dan kecekapan dalam proses kitar semula.

Bingkai bateri kuasa untuk NEV sedang dikeluarkan di sebuah bengkel di Yibin, Provinsi Sichuan, barat laut China. (Foto oleh Wang Yu)

Bingkai bateri kuasa untuk NEV sedang dikeluarkan di sebuah bengkel di Yibin, Provinsi Sichuan, barat laut China. (Foto oleh Wang Yu)

Satu piawaian kunci telah menggariskan keperluan pengoperasian dan teknikal untuk menghapuskan bateri EV lama, secara tidak langsung menawarkan panduan jelas terhadap keselamatan, penjagaan alam sekitar dan penghapusan automatik. Sejak pelaksanaannya, kecekapan penghapusan telah bertambah baik sebanyak lebih 50 peratus.

Satu lagi piawaian telah menangani isu penggunaan boleh jana semula, memperincikan tentang pengendalian bahan-bahan berbahaya dan pendekatan kawalan pencemaran. Ia telah menyumbang kepada pengurangan dalam penggunaan tenaga semasa proses kitaran semula sebanyak lebih daripada 30 peratus.

China juga telah mengambil langkah dalam pemiawaian antarabangsa. Hampir 40 pakar China ketika ini sedang memberikan sumbangan masing-masing dalam jawatankuasa teknikal antarabangsa, yang memfokuskan terhadap kitar semula bateri, seterusnya secara aktif membentuk piawaian yang menyokong pembangunan mampan sektor NEV di setiap kitaran penggunaannya.

Video

Berita Berkaitan