Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 21 Ogos 2025

Pekerja memasang kenderaan tenaga baharu di barisan pengeluaran di suatu bengkel Hebei. (Hebnews.cn/Zhao Jie)

Pekerja memasang kenderaan tenaga baharu di barisan pengeluaran di suatu bengkel Hebei. (Hebnews.cn/Zhao Jie)

Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Beijing memaklumkan bahawa pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) Beijing melonjak naik, melebihi 310,000 unit buat tujuh bulan pertama 2025.

Memetik laporan agensi berita Xinhua pada Rabu, ia sekali gus melangkaui jumlah output keseluruhan yang direkodkan pada sepanjang tahun 2024.

Mengikut data rasmi yang dikeluarkan, pengeluaran pada bulan sahaja dicatatkan mencapai 52,000 NEV, iaitu memperlihatkan kenaikan signifikan dari tahun ke tahun sebanyak 140 peratus.

Menurut Xinhua, pertumbuhan itu jelas dapat dilihat di fasiliti seperti kilang super auto Xiaomi yang terletak di Kawasan Pembangunan Teknologi-Ekonomi Beijing, di mana terdapat syif sepanjang masa dan lengan robotik sentiasa sibuk dengan aktiviti.

Biro tersebut turut memberitahu bahawa peningkatan pesanan model popular seperti Xiaomi SU7 dan YU7 telah mendorong syarikat itu untuk mengoptimumkan pengeluaran menerajui penaiktarafan teknologi pintar, serta untuk mendorong penggunaan dan keefisienan peralatan dalam mempercepat penghantaran.

Didorong oleh sektor pembuatan maju seperti NEV, elektronik, peralatan pintar, penyimpanan tenaga baharu dan aeroangkasa, moment industri Beijing telah menyaksikan perkembangan yang pesat.

Untuk rekod, sektor pembuatan elektronik bandar itu menjulang naik 24.2 peratus dari tahun ke tahun bagi tempoh Januari hingga Julai, sekali gus menyumbang 3.5 mata peratusan kepada pertumbuhan industri keseluruhan. Peralatan pintar naik 8.6 peratus, memperlihatkan kenaikan mendadak dalam pengeluaran bateri litium ion dan output turbin angin.

Video

Berita Berkaitan