Projek Kuasa 500kV China-Laos Siap Disambung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Februari 2026

Foto dron bertarikh 5 Februari 2026 menunjukkan pekerja pembinaan berjabat tangan selepas siapnya kerja penyambungan talian di tempat pertemuan seksyen China dan Laos bagi projek ketersambungan kuasa 500kV China-Laos. (Xinhua/Peng Yikai)

Seksyen-seksyen projek usaha sama ketersambungan kuasa 500kV di China dan Laos siap disambung secara fizikal pada hari Khamis, menandakan projek tersebut maju selangkah menghampiri fasa operasi.

Ini merupakan satu lagi projek penting dalam kerjasama bilateral selepas pembinaan dan operasi rel China-Laos.

Menjangkau jarak keseluruhan 177.5 kilometer, talian penghantaran kuasa itu terbahagi kepada seksyen China sepanjang 145 kilometer, dan baki 32.5 kilometer di seksyen Laos. Infrastrukturnya masing-masing dibiaya dan dibina oleh China Southern Power Grid Co., Ltd. dan Electricite du Laos Transmission Company Limited.

Selepas beroperasi, ia dijangka membolehkan penghantaran dua hala dengan kapasiti 1.5 juta kW, membekalkan kira-kira 3 bilion kWj elektrik bersih setiap tahun.

Dengan meluaskan ketersambungan fizikal dua hala dari pengangkutan hingga sektor tenaga, projek terbabit bakal memperkukuh ketersambungan infrastruktur serantau di samping menggalakkan pengoptimuman gabungan bekalan kuasa dan pembangunan bersih.

Foto dron bertarikh 5 Februari 2026 menunjukkan pekerja pembinaan bertugas di tempat pertemuan seksyen China dan Laos bagi projek ketersambungan kuasa 500kV China-Laos. (Xinhua/Peng Yikai)

Pekerja pembinaan berjabat tangan selepas siapnya kerja penyambungan talian di tempat pertemuan seksyen China dan Laos bagi projek ketersambungan kuasa 500kV China-Laos, 5 Februari 2026. (Xinhua/Peng Yikai)

Foto dron bertarikh 5 Februari 2026 menunjukkan tempat pertemuan seksyen China dan Laos bagi projek ketersambungan kuasa 500kV China-Laos. (Xinhua/Peng Yikai)

Foto dron bertarikh 5 Februari 2026 menunjukkan pekerja pembinaan sedang menuju tempat pertemuan seksyen China dan Laos bagi projek ketersambungan kuasa 500kV China-Laos. (Xinhua/Peng Yikai)

Video

Berita Berkaitan