China Bantah Tindakan Unilateral, Haram dan Hegemoni AS

(CRI)Selasa 06 Januari 2026

China membantah keras tindakan haram, unilateral dan hegemoni Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela.

Demikian tegas Wakil Tetap Sementara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei dalam sidang kecemasan terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Venezuela yang berlangsung pada Isnin.

Sun berkata, AS sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dengan jelas mengabaikan kebimbangan masyarakat antarabangsa, mencemari kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan sah Venezuela.

Katanya, perbuatan AS tersebut telah melanggar prinsip kesaksamaan berdaulat, prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri, prinsip penyelesaian pertikaian secara aman, dan prinsip larangan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

Bagaimanapun, AS sebaliknya menggunakan kuasa hegemoninya ke atas multilateralisme dan mengutamakan tindakan ketenteraan berbanding usaha diplomatik, sekaligus mengancam keamanan dan keselamatan rantau Amerika Latin dan Caribbean bahkan antarabangsa.

Sun berkata China menentang keras tindakan sedemikian, bahkan masyarakat antarabangsa juga menyatakan kebimbangan serius dan bantahan keras.

Sun menekankan bahawa China menuntut AS untuk memberi jaminan keselamatan terhadap Presiden Maduro dan isteri serta membebaskan mereka dengan segera.

Dalam pada itu, China menyokong majlis keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, menyokong sebarang usaha dibuat Setiausaha Agung PBB, negara-negara dan organisasi serantau yang mendorong kepada dialog dan mengurangkan ketegangan situasi.

Video

Berita Berkaitan