Dinamika China: Robot Buatan China Semakin Mendapat Tempat di Pasaran Jepun, Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 Ogos 2025

Pada tahun-tahun mutakhir ini, syarikat robot China telah berkembang ke dalam pasaran global dengan strategi perniagaan yang fleksibel dan teknologi maju, dan sebahagian daripadanya telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Pada waktu tengah hari di Hachinohe, Jepun, sebuah restoran yakiniku sibuk dengan pelanggan, dan desir daripada daging memenuhi segenap ruang udara. Sebuah robot penghantar makanan bergerak melalui ruang yang sempit di antara meja, menghantar makanan yang dimasak segar ke pelanggan.

“Robot itu menghantar makanan dengan stabil, dan ia bersih serta selamat,” ujar pengurus restoran itu dengan penuh perasaan kagum.

Difahamkan, robot penghantar itu dikeluarkan oleh Syarikat KEENON Robotics (KEENON), iaitu sebuah syarikat robot terkemuka yang berpangkalan di Shanghai, timur China. Dengan upah pekerja yang tinggi dan masalah populasi menua yang semakin drastik, lebih banyak hotel, restoran dan venue lain di Jepun pesat memperkenalkan robot servis untuk memenuhi kelompongan pekerja.

KEENON mula menapak di global pada lima tahun yang lalu, namun mendepani kegagalan dalam pasaran Jepun.

Pemilik syarikat itu, Li Tong menjelaskan bahawa saiz robot memainkan peranan penting kerana robot yang dijual laris di China boleh muat di dalam restoran Jepun.

Pasukannya perlu bermula dari awal untuk mereka bentuk sebuah robot yang sesuai dengan Jepun, iaitu dengan elemen seperti kompak, tangkas, dilengkapi sistem suara bahasa Jepun dan menampilkan ekspresi muka pada skrin.

Robot baru akhirnya ‘dilahirkan’ dan mampu melalui koridor yang sempit berukuran 49 sentimeter, dengan dua atau tiga tingkat dulang di bahagian belakangnya, serta dilengkapi penderia dan kamera yang pelbagai dalam menghadapi situasi yang tidak diingini.

Sehingga hari ini, KEENON telah membangunkan lebih 200 tapak servis di Jepun, sekali gus memberi jaminan bahawa sebarang kegagalan fungsi boleh diatasi dalam tempoh dua jam dan dibaiki dalam tempoh 24 jam.

Dalam satu situasi, pekerja di sebuah restoran rangkaian mendapati bahawa terdapat kegagalan penderia pada robot. Kurang dari jam setelah membuat permohonan untuk membaikinya, petugas servis dari KEENON tiba dengan robot pengganti. Sebelum mula berkhidmat, robot baharu itu hanya memerlukan beberapa minit penyelarasan awan untuk memindahkan semua ‘ingatan’ daripada robot terdahulu.

Seiring dengan pertumbuhan syarikat itu, produk-produknya turut berkembang luas berbanding hanya sekadar restoran, tetapi juga perniagaan seperti hotel, perpustakaan, dan venue lain di Jepun yang menggunakan robot.

Video

Berita Berkaitan