Pembuatan Pintar di China: Mendorong Fasa Penaiktarafan Perindustrian yang Seterusnya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 11 Oktober 2025
Pembuatan Pintar di China: Mendorong Fasa Penaiktarafan Perindustrian yang Seterusnya
Lengan robotik beroperasi di bandar Ganzhou, provinsi Jiangxi. (Foto/People's Daily Online)

China yang sentiasa disinonimkan sebagai ‘kilang dunia’, kini sedang beralih ke arah model perindustrian yang lebih inovatif dan lebih pintar. Dengan kelebihan tradisional seperti buruh kos rendah dan pembuatan skala semakin kurang mendapat tempat berikutan persaingan global dan gangguan teknologi, China memfokuskan kepada pembuatan pintar sebagai strategi pusat untuk menaik taraf pangkalan industrinya.

Dengan mengintegrasikan teknologi digital seperti Internet Kebendaan (IoT), AI, automasi dan data raya terhadap proses pembuatan, China menyasarkan untuk menambah baik kecekapan, kualiti produk dan kapasiti inovasi, seterusnya menaikkan rantai nilai global.

Pembuatan pintar adalah merujuk kepada pendigitan dan proses automatik pada setiap peringkat pengeluaran; daripada reka bentuk dan penyelidikan kepada operasi kilang, logistik dan perkhidmatan.

Sasarannya adalah bukan sekadar untuk meningkatkan produktiviti, tetapi juga untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar, mengurangkan kitaran inovasi, dan menambah baik daya tahan rantai bekalan.

Bagi China, transformasi tersebut sedang giat dilaksanakan. Menurut Menteri Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), China telah membina lebih daripada 30,000 kilang pintar, termasuk sekitar 1,200 pada peringkat maju dan 230 yang telah diperakui kecemerlangannya.

Hasilnya sangat memberangsangkan. Di kilang-kilang pintar yang dinilai tinggi di China, kitaran pembangunan telah dipendekkan sebanyak hampir 30 peratus, kecekapan pengeluaran meningkat sebanyak lebih 22 peratus, kadar kerosakan berkurang kepada separuh, dan pelepasan karbon telah menurun sekitar 20 peratus.

Robotik memainkan peranan dalam fasa peralihan tersebut. Di tempat-tempat seperti Provinsi Shandong, banyak kilang kini menampilkan barisan pemasangan yang sepenuhnya automatik, dengan robot pintar mengendalikan tugas termasuk daripada menghantar barang kepada pemeriksaan kualiti.

Penggunaan berskala besar ini dilihat berjaya susulan keupayaan domestik China yang berkembang dalam robotik dan automasi, yang menjadikan teknologi tersebut lebih mampu milik dan berskala.

Perkembangan pesat pembuatan pintar di China dipacu oleh beberapa faktor utama.

Pertama ialah sokongan negara yang kukuh melalui subsidi, panduan dasar dan pelan strategik. Untuk itu, kerajaan telah mewujudkan inisiatif seperti ‘program pemupukan kecerunan kilang pintar,’ yang menggalakkan firma untuk mengguna pakai teknik pembuatan termaju. Peningkatan kos buruh dan keperluan untuk produktiviti yang lebih tinggi juga telah mendorong syarikat untuk melabur dalam automasi dan alatan digital.

Selain itu, kematangan teknologi seperti 5G, AI dan pengkomputeran awan telah menjadikan pembuatan pintar lebih mudah diakses berbanding sebelum ini. Matlamat alam sekitar merupakan satu lagi pemacu penting berikutan usaha China ke arah untuk memenuhi sasaran pengurangan karbonnya dengan mempromosikan kaedah pengeluaran yang cekap tenaga dan rendah karbon.

Manfaat pembuatan pintar mempunyai spektrum yang luas. Bagi perusahaan, ia membawa maksud kepada masa yang lebih pantas kepada pasaran, kadar kerosakan yang lebih rendah dan penggunaan buruh dan bahan yang lebih cekap. Bagi alam sekitar pula, kilang pintar melepaskan karbon yang lebih rendah. Pada skala yang lebih besar, peralihan itu membolehkan China untuk berubah daripada menghasilkan secara kos rendah dan barangan berteknologi rendah kepada industri bernilai tinggi.

Pada peringkat global, peningkatan eksport China yang kian meningkat dalam teknologi automatik mampu mengurangkan halangan kepada pembuatan pintar di negara-negara membangun yang lain, sekali gus mempengaruhi trend industri global.

Pembuatan pintar sedang membentuk semula asas ekonomi industri China. Ia sedang mendorong kepada fasa seterusnya dalam penaiktarafan industri, membolehkan China untuk menambah baik daya sayang, mempercepat inovasi dan mengurangkan jejak karbon alam sekitar.

Video

Berita Berkaitan