Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama

(CRI)Ahad 12 Oktober 2025
Wang Yi Hurai Pendirian China mengenai Gencatan Senjata Gaza Fasa Pertama

Menteri Luar Wang Yi menghuraikan pendirian China berhubung perjanjian gencatan senjata fasa pertama dan pertukaran tahanan yang dicapai antara Israel dan Hamas pada sidang media bersama Ahli Majlis Persekutuan Switzerland merangkap Menteri Luar Ignazio Cassis pada Jumaat.

Wang menyeru semua pihak terlibat bersinergi untuk mencapai gencatan senjata yang sebenar, menyeluruh dan berkekalan, sekali gus meredakan krisis kemanusiaan dan memulihkan kestabilan serantau.

Beliau menekankan keperluan mengekalkan prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin' yang telah menjadi konsensus masyarakat antarabangsa, serta sebarang aturan berkaitan masa depan Gaza perlu menghormati kehendak rakyat Palestin.

Hala tuju jangka panjang 'penyelesaian dua negara' mesti kekal teguh, katanya sambil menambah bahawa hanya dengan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan memulihkan hak bangsa mereka yang sah, barulah keamanan berkekalan antara Israel dan Palestin dapat diwujudkan.

Video

Berita Berkaitan