Rundingan Ukraine, AS dan Rusia Pusingan Baharu Dijadual Berlangsung Hujung Februari Ini

(CRI)Selasa 24 Februari 2026

Ukraine sedang membuat persiapan bagi pusingan baharu rundingan tiga hala melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang dijangka diadakan sekitar 27 Februari, menurut laporan Agensi Berita Ukraine.

Ketua Pejabat Presiden Ukraine, KyryloBudanov pada Isnin berkata pihaknya kini menyelaras butiran teknikal termasuk masa, lokasi dan komposisi delegasi yang akan hadir pada rundingan tersebut.

"Ini adalah isu prosedur yang memerlukan persetujuan bersama semua pihak", katanya.

Budanov turut memaklumkan bahawa semasa rundingan tiga hala yang diadakan pada 17 hingga 18 Februari, delegasi Ukraine telah membangkitkan kemungkinan pertemuan antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun belum menerima sebarang respons muktamad daripada pihak Rusia.

Video

Berita Berkaitan