- Lain-lain
Trump Rancang Adakan Pertemuan dengan Putin di Budapest
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan bahawa beliau baru sahaja selesai mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Rusia Vladimir Putin yang disifatkan sebagai "sangat produktif".
Perkara itu dikongsikan Trump menerusi platform media sosialnya pada Khamis.
Sejurus selepas perkongsian Trump itu, utusan khas Presiden Rusia, Kirill Dmitriev juga menyatakan bahawa rundingan kedua-dua pemimpin tersebut positif dan berhasil, malah kedua-dua pihak telah menetapkan pelan tindakan seterusnya.
Trump mengumumkan bahawa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio akan mewakili AS menyertai pertemuan dengan Rusia yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun lokasi dan senarai delegasi masih belum dimuktamadkan.
Trump turut memaklumkan bahawa beliau merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Putin di Budapest selepas mesyuarat tersebut, bagi membincangkan kemungkinan menamatkan konflik antara Rusia dan Ukraine.
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban turut mengeluarkan kenyataan susulan, menyatakan kesediaan Hungary untuk menjadi tuan rumah rundingan antara AS-Rusia.
- Pusingan Baharu Rundingan Rusia, AS Mungkin Berlangsung Oktober
- Trump, Putin Sokong Rundingan Langsung Rusia-Ukraine
- Trump, Putin Bertemu di Alaska
- Rusia, AS Bincang Persiapan Pertemuan Pemimpin di Alaska
- UAE Lokasi Sesuai bagi Pertemuan Pemimpin Rusia, AS - Putin
- Trump Mungkin Adakan Pertemuan dengan Putin dan Zelensky Dalam Masa Terdekat
- AS, Rusia Bincang Krisis Ukraine di Kuala Lumpur
- Rusia Sedia Bekerjasama dengan Ukraine, Rangka Memorandum Pejanjian Damai - Putin
- Zelensky Nyatakan akan "Menunggu" Putin di Turkiye
- Rundingan Rusia-AS Gagal Capai Kenyataan Bersama