China Komited Tingkatkan Penglibatan dalam Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Sejagat

(CRI)Rabu 10 September 2025

Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu telah menyampaikan ucapan pada sesi ke-60 Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam untuk menerangkan pendirian China dalam bidang tadbir urus hak asasi manusia sejagat.

Chen berkata, tadbir urus sejagat tetap menghadapi cabaran besar dalam tempoh 80 tahun lalu sejak PBB ditubuhkan. Inisiatif Tadbir Urus Global bertujuan mendorong tata tertib antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah.

Dalam bidang tadbir urus hak asasi manusia, terdapat tiga pendirian yang dipegang China seperti berikut:

Pertama, menekankan kesamarataan pada aspek kedaulatan negara dan mematuhi perundangan antarabangsa. Manifesto dan prinsip Piagam PBB harus dipatuhi, kedaulatan setiap negara dan hak mereka untuk memilih acuan bagi pembangunan hak asasi manusia secara bebas harus dihormati, manakala sebarang tindakan campur tangan terhadap urusan dalaman negara lain dengan alasan hak asasi manusia harus ditolak.

Dalam konteks ini, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak dan kepentingan bangsa yang holistik.

Kedua, mengekalkan amalan multilateralisme dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa. Langkah-langkah unilateral seperti tindakan paksa unilateral harus ditentang sekeras-kerasnya.

Ketiga, menggalakkan penglibatan yang berpusatkan rakyat dan bertindak menggariskan hala tuju. Rakyat adalah peserta dan penerima manfaat tadbir urus sejagat. Hendaklah memberi nafas baharu kepada Majlis Hak Asasi Manusia dalam pelaksanaan misinya untuk memacu dan melindungi hak asasi manusia, dengan menegakkan kesamarataan dan keseimbangan, serta mempercepat langkah dalam mengukuhkan hak ekonomi, sosial, budaya dan pembangunan.

Chen menekankan bahawa China komited meningkatkan penglibatan tadbir urus hak asasi manusia sejagat berdasarkan prinsip saling menghormati dan saksama, serta bersama dengan pelbagai negara mendorong usaha hak asasi manusia global berkembang ke arah yang sihat.

Video

Berita Berkaitan