Xi Mahu Permulaan Baik dalam Pelaksanaan FYP ke-15

(CRI)Khamis 26 Februari 2026

Presiden China, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mahu semua pihak memastikan permulaan yang baik dalam perlaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).

Xi membuat kenyataan itu selepas meneliti laporan kerja tahunan 2025 bertulis yang diserahkan oleh anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan Setiausaha Sekretariat, anggota kumpulan PKC di Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), setiausaha jawatankuasa Parti di Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Peguam Rakyat Tertinggi kepada Jawatankuasa Pusat PKC dan kepada beliau.

Xi menegaskan, tahun ini menandakan ulang tahun ke-105 PKC, dan tahun pertama pelaksanaan FYP ke-15.

“Kita (Pelbagai pihak berkenaan) mesti berpegang kepada panduan yang berteraskan sosialisme yang bercirikan China pada era baharu untuk melaksanakan keputusan dan hala tuju kerja yang digariskan Jawatankuasa Pusat PKC.

“Kita mesti menggalas tanggungjawab masing-masing, mengamalkan konsep pembangunan baharu secara menyeluruh, tepat, dan komprehensif bagi memacu pembangunan yang berkualiti tinggi,” kata Xi.

Selain itu, pelbagai pihak juga dikehendaki membentuk dan melaksanakan pandangan prestasi tadbir urus yang betul dan melaksanakan pentadbiran yang lebih ketat terhadap PKC.  

Video

Berita Berkaitan