China Suarakan Kebimbangan Terhadap Cadangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata

(CRI)Khamis 26 Februari 2026

China kini memberi perhatian serius terhadap perkembangan terkini berkaitan cadangan Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun untuk melonggarkan sekatan senjata, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai laporan bahawa parti pemerintah Jepun telah meluluskan cadangan yang menyeru kerajaan memperluaskan eksport peralatan pertahanan, termasuk melonggarkan larangan sebelum ini terhadap eksport senjata pembunuh.

Ujarnya masyarakat antarabangsa harus bersama-sama mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia II dan orde antarabangsa pasca perang, serta menentang dengan tegas tindakan 'militarisme baharu' Jepun.

Mao berkata sejarah pencerobohan Jepun menyebabkan hala tuju dasar keselamatan negara itu sentiasa menjadi perhatian negara-negara Asia serta antarabangsa.

Malah pada tahun-tahun kebelakangan ini, Jepun dilihat banyak mengubah dasar keselamatan dan pertahanan, bahkan ada pegawai Jepun juga secara terbuka menyentuh mengenai 'pemilikan senjata nuklear', cadangan menyemak semula 'Tiga Prinsip Bukan Nuklear', dan membatalkan sekatan eksport senjata.

Perkara itu mencetuskan kebimbangan global kerana terdapat kecenderungan untuk mengubah pendekatan pasca perang dan memperkukuh peranan ketenteraan negara itu.

Video

Berita Berkaitan