- Lain-lain
Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju Dasar Pertahanan Sanae Takaichi
Beberapa tokoh Jepun menyuarakan kebimbangan terhadap hala tuju dasar pertahanan negara itu, susulan langkah Perdana Menteri Jepun yang didakwa berusaha melonggarkan sekatan eksport senjata pembunuh serta semakan semula "Tiga Prinsip Bukan Nuklear".
Dalam satu forum yang berlangsung di Tokyo pada Rabu, peserta menyuarakan kebimbangan mereka bahawa langkah memperluas keupayaan ketenteraan berpotensi meningkatkan ketegangan serantau dan menjejaskan imej Jepun sebagai negara berorientasikan keamanan.
Bekas pegawai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Shigeaki Koga dalam ucapannya di salah satu majlis yang diadakan di daerah Bunkyo sebelum ini, turut menyeru agar Jepun perlu beralih daripada "Haluan Kuasa Ketenteraan" kepada "Haluan Jepun Berteraskan Keamanan."
Sementara itu Pengerusi organisasi "Warisi dan Kembangkan Ucapan Murayama", Takatake Fujita berkata bahawa pendekatan yang memfokuskan kepada ketenteraan adalah tidak tepat.
Beliau mengingatkan bahawa Jepun pernah melancarkan perang agresif terhadap negara-negara Asia termasuk China, yang membawa penderitaan besar dan kerosakan serius terhadap negara-negara yang diceroboh.
Ujarnya Jepun perlu melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukan.
Beliau pada masa sama turut mengkritik kenyataan yang menyifatkan kemungkinan konflik di Taiwan sebagai ancaman kepada Jepun, dengan menyatakan bahawa retorik sedemikian tidak membantu usaha untuk mengekalkan kestabilan serantau.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- Jepun Tidak Layak Menuntut Kerusi Tetap Majlis Keselamatan PBB
- China Menolak Tegas Cubaan Jepun untuk Campuri Soal Taiwan
- Singapaura Adakan Upacara Memperingati Mangsa Awam yang Terkorban Semasa Zaman Pendudukan Jepun
- Jepun Perlu Tunjuk Keikhlasan Berdialog: MFA
- Gabungan Parti Pemerintah Jepun Menang Besar dalam Pilihan Raya
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- Dunia Digesa Cegah Kebangkitan Semula Militarisme Jepun
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”