KDNK China 2025 Naik 5.0%

(CRI)Sabtu 28 Februari 2026

Menurut "Laporan Statistik Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan 2025" yang dikeluarkan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pagi tadi, ekonomi China terus berkembang ke arah yang lebih optimum di sebalik tekanan yang tertentu pada 2025, menandakan satu permulaan yang baik dalam memperjuangkan Matlamat Seratus Tahun Kedua.

Menurut anggaran awal, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi 2025meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB140.1879 trilion (RM79.54 trilion). Keseluruhan kapasiti ekonomi negara buat pertama kalinya melepasi paras RMB140 trilion, seperti yang disasarkan dalam jadual asal.

Selain itu, KDNK per kapita bagi tahun tersebut menokok RMB99,665 (RM56,545), meningkat 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan Negara Kasar (GNI) mencecah RMB139.37 trilion (RM79 trilion), naik 5.1 peratus tahun ke tahun. Kadar purata produktiviti buruh direkodkan RMB184,413 (RM104,627) setiap orang, meningkat 6.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan