Pelabuhan Qingdao Buka 4 lagi Laluan Perdagangan Kontena Antarabangsa

(CRI)Jumaat 06 Mac 2026

Pelabuhan Qingdao di provinsi Shandong berjaya membuka empat lagi laluan kontena baharu pada bulan Januari lalu, iaitu Laluan Australia-New Zealand kendalian Syarikat Pengangkutan Laut Mediterranean, Laluan Laut Merah dan Laluan Asia Tenggara kendalian COSCO Shipping serta Laluan Asia Tenggara kendalian Zhengli Shipping. Setakat ini, pelabuhan tersebut telah dilengkapi hampir 240 laluan perdagangan luar, yang menghubungkannya dengan lebih 700 pelabuhan di lebih 180 negara dan wilayah di seluruh dunia, serta menjadikannya satu hab strategik bagi perdagangan luar serantau dan penyumbang besar kepada kelancaran rantaian bekalan global.

Video

Berita Berkaitan