Tiga Menteri China Bakal Hadir Mesyuarat Mekanisme Dialog Strategik China-Vietnam '3+3'

(CRI)Jumaat 13 Mac 2026

Tiga menteri China dijadual melawat Vietnam dari 15 hingga 17 Mac bagi menghadiri mesyuarat peringkat menteri pertama mekanisme dialog strategik China-Vietnam '3+3' mengenai diplomasi, pertahanan dan keselamatan awam.

Kehadiran Menteri Luar Wang Yi, Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong dan Menteri Pertahanan Dong Jun adalah atas jemputan pihak Vietnam.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Yi juga dijadual bersama pemimpim Vietnam mempengerusikan mesyuarat ke-17 Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Bilateral China-Vietnam.

Video

Berita Berkaitan