- Lain-lain
Pasaran Kerja China Stabil Dua Bulan Pertama Tahun Ini

Foto bertarikh 15 Mac 2026 ini menunjukkan sebuah pameran kerjaya di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China. Pameran kerjaya itu membuka tirai pada Ahad dengan penyertaan lebih 2,000 majikan, menawarkan kira-kira 85,000 jawatan kosong. (Xinhua/Deng Hua)
Pasaran kerja di China kekal stabil pada umumnya, dengan kadar pengangguran bandar yang ditinjau mencatat 5.3 peratus pada dua bulan pertama 2026, menurut data Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.
Pada Februari, kadar pengangguran bandar yang ditinjau menampakkan kenaikan hanya 0.1 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.
Berikutan cuti sempena Tahun Baharu Cina, kadar itu didapati lebih tinggi pada Januari dan Februari berbanding Disember 2025, namun purata dua bulan tidak berubah jika dilihat tahun ke tahun. Jelas jurucakap NBS Fu Linghui, ini menandakan sektor pekerjaan kekal stabil.
“Penunjuk ekonomi utama menampakkan perubahan positif dalam tempoh dua bulan tersebut, membayangkan suatu permulaan yang menggalakkan bagi ekonomi negara tahun ini,” kata Fu.
China telah menetapkan kadar pengangguran bandar sekitar 5.5 peratus pada 2026 dan menyasarkan lebih 12 juta peluang kerja baharu dicipta di bandar sepanjang tahun.
- China Tambah Lebih 10 Juta Pekerjaan Bandar Baharu Sepanjang Jan-Sep
- China Ambil Pelbagai Pendekatan, Sokong Pengambilan Kerja Siswazah
- Xi Seru Kumpul Kekuatan Warga Pekerja Demi Kebangkitan Bangsa
- China Lanjutkan Dasar Insurans Pengangguran, Jamin Kestabilan Pasaran Kerja
- Pertumbuhan Pesat AI di China Saksi Ledakan Dalam Pengambilan Kerja
- NPC 2025: China Sasar Lebih 12 Juta Pekerjaan Baharu di Bandar
- China Capai Sasaran Wujud 12 Juta Peluang Kerja pada 2024
- Pasaran Kerja China Kekal Stabil
- 3.03 Juta Peluang Kerja Baharu Ditawarkan di China
- Jaga Haiwan Peliharaan, Kerja yang Makin Popular




