China Ambil Pelbagai Pendekatan, Sokong Pengambilan Kerja Siswazah

Foto mahasiswa menyertai pesta kerjaya kampus yang diadakan di Kolej Teknologi Seni Bina Xining di Provinsi Qinghai, barat laut China, pada 23 April 2025. (Xinhua/Qi Zhiyue)

Foto mahasiswa menyertai pesta kerjaya kampus yang diadakan di Kolej Teknologi Seni Bina Xining di Provinsi Qinghai, barat laut China, pada 23 April 2025. (Xinhua/Qi Zhiyue)

Pihak pentadbiran pendidikan dan universiti-universiti di China telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu pengambilan kerja bagi pelajar yang akan menamatkan pelajaran pada tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Mac, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kempen istimewa untuk menggalakkan graduan kolej mencari peluang pekerjaan secara aktif, dengan sasaran untuk mempercepat proses pengambilan kerja.

Pada bulan seterusnya, Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan secara bersama telah mengeluarkan pekeliling untuk mengembangkan peluang pekerjaan menerusi pelbagai saluran seperti meningkatkan peluang pekerjaan berasaskan pasaran, dan menstabilkan pengambilan kerja dalam sektor awam.

Lapor Xinhua, ia menggalakkan oraganisasi dan perusahaan untuk mengambil kerja siswazah pada tahun ini serta belia yang menganggur yang telah bergraduasi pada tahun terdahulu.

Pada penghujung Mei, satu mesyuarat untuk memperkasa pelaksanaan dasar pengambilan kerja untuk siswazah telah diadakan, yang menekankan keperluan untuk meningkatkan kecekapan langkah-langkah mempromosi kerjaya yang pelbagai, dengan inisiatif utama termasuk menambah penjawatan di dalam syarikat milik negara, dan memupuk kerjasama antara kawasan setempat yang maju dari segi ekonomi dan universiti untuk meningkatkan peluang pekerjaan.

Setakat ini, Kementerian Pendidikan pada tahun ini telah bekerjasama dengan kawasan-kawasan ekonomi maju yang utama dan pihak-pihak yang mempunyai permintaan pekerja yang besar, selain berkolaborasi dengan pihak berkuasa sektor perindustrian dan kerajaan tempatan yang berkaitan untuk menganjurkan 12 pameran kerja serantau, menawarkan lebih 350,000 jawatan.

Menurut Xinhua, kementerian itu juga menggalakkan presiden-presiden universiti dan ketua Parti melawat perusahaan untuk meneroka peluang pekerjaan. Sehingga 6 Jun, lebih 4.7 juta peluang pekerjaan siswazah telah diwujudkan melalui lawatan tersebut.

Selain itu, Kementerian Pendidikan turut melancarkan program untuk meningkatkan keupayaan kerja pelajar kolej, dengan tumpuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri baru muncul. Inisiatif itu menyaksikan pembukaan 1,000 kursus jangka pendek dan 1,000 program latihan vokasional di seluruh negara untuk kumpulan berkaitan.

Kementerian itu juga menggesa terhadap keperluan sokongan khas untuk memastikan pekerjaan bagi graduan yang menghadapi kesukaran.

Data rasmi menunjukkan bahawa bilangan graduan kolej di China mungkin mencecah 12.22 juta pada 2025, meningkat 430,000 daripada tahun lepas.

Video

Berita Berkaitan