China,Vietnam Bakal Adakan Aktiviti Persahabatan Pertahanan Sempadan Ke-10

(CRI)Isnin 16 Mac 2026

Aktiviti Persahabatan Pertahanan Sempadan China-Vietnam Ke-10 akan diadakan di sejumlah kawasan, pintu sempadan dan perairan Teluk Beibu yang berada di bawah pentadbiran Wilayah Autonomi Guangxi, China atau provinsi Quang Ninh, Vietnam pada tempoh pertengahan Mac ini.

Sepanjang berlangsungnya aktiviti tersebut, pasukan kapal tentera laut kedua-dua pihak akan menganjurkan rondaan bersama dan latihan bersama, menyediakan perkhidmatan perubatan kebajikan di kawasan sempadan, mengadakan acara riadah dan sukan bersama rakyat sempadan, dan meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Pahlawan Revolusi Rakyat China-Vietnam.

Siri aktiviti kali ini bertujuan mengintensifkan kerjasama kedua-dua pihak dan meningkatkan keupayaan dalam melindungi keselamatan sempadan dan perairan berkaitan.

Video

Berita Berkaitan