- Lain-lain
Permohonan Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-3 Dibuka
Permohonan bagi sesi ke-3 Anugerah Berita Global Jalan Sutera akan dibuka secara rasmi pada 16 Mac.
Atas tajaan Belt and Road News Network (BRNN) yang dipengerusikan oleh People’s Daily, program tersebut bertujuan menggalakkan semangat Jalan Sutera yang mengutamakan kerjasama secara damai, keterbukaan dan keterangkuman, saling belajar dan saling untung. Program juga menyasarkan kerjasama antara media bagi berkongsi kisah mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di wilayah atau negara masing-masing.
Terdapat empat kategori anugerah, iaitu Anugerah Laporan Terbaik, Anugerah Fotografi Terbaik, Anugerah Video Terbaik dan Anugerah Inovasi Terbaik. Masing-masing akan memilih sepuluh finalis, empat calon pemenang dan seorang pemenang terakhir.
Anugerah Berita Global Jalan Sutera merupakan himpunan karya yang menyokong pembangunan bersama BRI, menyampaikan semangat Jalan Sutera, mencerminkan pertukaran dan pembelajaran antara tamadun, selaras dengan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan positif impaknya dari segi komunikasi antarabangsa.
Karya yang dikemukakan mestilah dihasilkan sepenuhnya oleh media asing ataupun media asing dengan kerjasama pihak China. Karya yang dihasilkan sendiri oleh badan atau individu dari China tidak termasuk dalam skop.
Para pemohon hendaklah mendaftar dan memberikan maklumat berkenaan di portal rasmi BRNN (www.brnn.com). Proses pemilihan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pusingan awal oleh panel akademik dan pusingan akhir oleh panel juri. Status pencalonan akan dikemas kini di portal BRNN dari semasa ke semasa.
Antara April 2024 hingga Januari 2025, sesi kedua anugerah telah menghimpunkan hampir 5,000 karya dari 110 negara dan wilayah. Selepas penilaian awal oleh panel akademik, penilaian akhir oleh panel juri, dan pertimbangan oleh unit pentadbir BRNN, 58 karya dari 37 negara dan wilayah telah terpilih.
BRNN merupakan sebuah platform kerjasama melibatkan badan media dari negara dan wilayah anggota BRI. Misinya adalah untuk membantu badan media memperkasakan pemahaman, menyuburkan persahabatan, mendorong kolaborasi, dan membentuk mekanisme kerjasama berkala. Pada masa ini, BRNN dianggotai 316 buah media dari 117 negara dan wilayah, memainkan peranan sebagai platform kerjasama media yang penting di bawah rangka kerjasama Jalur dan Laluan.
- Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026
- Bank Import Eksport China Luluskan Pinjaman RMB640 Bilion untuk BRI pada 2025
- Pinjaman Kewangan CHEXIM untuk Pelaksanaan BRI Cecah RMB2 Trilion
- Jawatankuasa Penasihat BRF Tekankan Kerjasama, Kestabilan Ketika Dunia Mendepani Cabaran
- Import Eksport China ke Negara BRI Naik 6.2% Tiga Suku Pertama 2025
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi| Bengkel Luban: Latihan Bakat di Thailand
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kemuncak Jalur dan Laluan ke-10 Buka Tirai




