China Amar dan Usir Pesawat Filipina yang Ceroboh Pulau Huangyan

(CRI)Khamis 19 Mac 2026

Setelah mengesan dua pesawat jenis C-208 dari Filipina melakukan penerbangan tanpa keizinan di ruang udara Pulau Huangyan pada 18 Mac, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China di Wilayah Selatan turut memberi amaran dan mengusir dua pesawat itu, yang dilaporkan sudah menceroboh ruang udara China.

Demikian dinyatakan jurucakap PLA di Wilayah Selatan, Kolonel Zhai Shichen dari tentera laut pada Rabu.

Menurut beliau, tindakan terbabit dilihat melanggar kedaulatan China dengan serius dan mudah menimbulkan salah faham malah membuat keputusan yang salah.

"Kami menegaskan agar Filipina segera menghentikan tindakan provokasi dan pencabulan. Pasukan kami di wilayah selatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk membela keamanan dan kedaulatan negara, malah melindungi kestabilan serantau," katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan