Pusat Kerjasama Aplikasi AI China-ASEAN Sasar Jadi Pemacu Ekonomi Digital Serantau

(CRI)Khamis 04 Disember 2025

Pusat Kerjasama Aplikasi Kecerdasan Buatan China-ASEAN yang mula dibina di Nanning, wilayah Guangxi pada tahun ini, menyasar menjadi pemacu utama ekonomi digital serantau dengan memanfaatkan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di bahagian barat China.

Sebagai hab digital koridor itu, pusat berkenaan telah membangunkan tiga saluran khas data antarabangsa dan rangkaian pengkomputeran, sekali gus meletakkan asas untuk aliran data rentas sempadan dan kerjasama industri pintar.

Setakat hujung November, 84 daripada kesemua 161 item dalam senarai keperluan yang dikeluarkan pusat itu adalah untuk memenuhi keperluan negara ASEAN dalam sektor logistik pintar, pertanian pintar, perubatan, pelancongan budaya, perdagangan rentas sempadan dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan