- Lain-lain
Tinjauan CGTN: Inovasi Teknologi China Dapat Pujian
Forum Zhongguancun (ZGC) merupakan sebuah platform peringkat negara yang bermatlamat untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam inovasi sains dan teknologi.
Persidangan tahunan forum itu menjadi jendela penting bagi masyarakat antarabangsa untuk memahami trend terkini dalam inovasi teknologi China.
Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan sebanyak 90.4 peratus responden percaya bahawa persaingan teknologi yang berteraskan inovasi akan menjadi tumpuan persaingan kekuatan bersepadu negara.
Dilaporkan, Forum ZGC 2026 menarik penyertaan lebih 1,000 tetamu dari lebih 100 negara dan wilayah.
Hasil tinjauan mendapati 84.6 peratus responden menganggap Forum ZGC telah membina platform pertukaran dan kerjasama untuk saintis, usahawan dan pelabur dari seluruh dunia.
Sebanyak 89.4 peratus responden berpendapat bahawa Forum ZGC bukan sahaja merupakan platform untuk mempamerkan pencapaian inovasi teknologi China, malah menjadi jendela penting bagi China untuk terlibat secara mendalam dalam tadbir urus sains dan teknologi global.
Sementara itu, 84.9 peratus responden beranggapan bahawa komitmen China terhadap keterbukaan, kerjasama dan manfaat bersama dalam bidang inovasi teknologi akan menawarkan lebih banyak peluang kepada masyarakat antarabangsa.
- Keupayaan Inovasi China Terus Meningkat
- ‘Iron Man Sebenar’ Terbang di China: Jurutera Meluncur Naik Dengan Beg Jet
- Kilang Kereta Terbang Pertama Dunia Mulakan Pengeluaran Percubaan di Guangzhou
- Imej Kosmos Cerminan Kekuatan Inovasi China
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- China Kini Dalam Kelompok 10 Teratas Ranking Inovasi Global 2025
- China Sasar Capai Kejayaan Besar Dalam Teknologi BCI Menjelang 2027
- Penyelidik China ‘Hidupkan Semula’ Inskripsi Tulang Nujum
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Dinamika China | Inovasi adalah Daya Penggerak Utama Pembangunan




