‘Iron Man Sebenar’ Terbang di China: Jurutera Meluncur Naik Dengan Beg Jet

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 November 2025

Jiao Bojing meluncur naik sambil menggunakan beg jet. (Foto oleh CCTV News)

Jiao Bojing meluncur naik sambil menggunakan beg jet. (Foto oleh CCTV News)

Di Universiti Zhejiang (ZJU), Hangzhou, Provinsi Zhejiang, satu demonstrasi beg jet yang dilakukan semasa hari terbuka telah berjaya memukau para penonton di situ.

Semasa demonstrasi tersebut, seorang lelaki yang memakai beg jet bersaiz besar telah mendepangkan lengan dan meluncur naik ke ruang udara dengan bunyi yang mengaum, seterusnya mengepak-ngepak di udara setinggi 2 meter dari atas tanah.

Beliau kemudiannya dengan pantas mengubah arah dan terbang menuju arah tujuan, membuat pusingan, sebelum kemudiannya mendarat, sekali gus melengkapkan penerbangan dalam satu aturan yang lancar.

Hakikatnya, adegan tersebut bukan daripada fiksyen sains, tetapi satu demonstrasi di lapangan sebuah beg jet yang dibangunkan oleh JetRob, iaitu satu pasukan penyelidikan di Institut Huzhou ZJU.

Juruterbangnya yang juga jurutera ujian penerbangan dan sistem mekanikal JetRob iaitu Jiao Bojing menjelaskan bahawa, beg tersebut dikuasakan oleh lima enjin jet kompak, dengan dua yang dikawal oleh setiap satu tangan, dan satu lagi dipasang pada bahagian belakang, sementara tangki minyak diletakkan di bahagian tepi.

Peranti itu mempunyai berat 31 kilogram tanpa gas, dan 46 kilogram dengan gas, sekali gus membolehkan manusia terbang selama tiga ke lima minit. Ia boleh beroperasi pada altitud rendah sehingga 1,500 meter dan secara teorinya boleh mencapai kelajuan sehingga 100 kilometer sejam.

Menurut Jiao, pembangunan beg jet tersebut mengambil masa selama tiga ke empat tahun, dengan dua tahun diluangkan untuk percubaan penerbangan.

Tambah beliau, untuk mengoperasikan beg jet, ia memerlukan beberapa peringkat kekuatan atas badan yang tertentu, selain kemampuan untuk mengawal penerbangan menerusi pergerakan badan.

Jiao turut membandingkan peluncuran tersebut seperti mempelajari tentang bagaimana untuk mengayuh basikal; atau dengan kata lainnya iaitu ‘Latihan adalah penting untuk terbang dengan selamat dan lancar’.

Akur akan kerisauan yang dilontarkan oleh warganet berhubung kepanasan dan nyalaan api, beliau memberi jaminan kepada penonton bahawa ia dilaksanakan dengan selamat menuju ke luar dan tidak memberikan sebarang ancaman kepada juruterbang.

Jiao berkata bahawa, beg jet yang direka secara amnya untuk senario seperti operasi khas dan keselamatan kecemasan itu masih berada dalam pengeluaran yang berskala kecil.

Memberi petunjuk kepada kebarangkalian futuristik, Jiao menambah bahawa robot humanoid berkemungkinan menjadi juruterbang beg jet, sekali gus membolehkan penerbangan dalam persekitaran yang berbahaya.

Kisah Jiao juga menginspirasikan, sama seperti penciptaannya. Sebagai peminat penerbangan sejak sekian lama, beliau bermula dengan diploma sekolah menengah teknikal dan pengalaman sebagai juruteknik penyenggaraan peralatan di sebuah stesen televisyen.

Selama bertahun-tahun, pengalaman secara fizikal dan pemikiran secara inovatif telah membantu beliau untuk mendepani cabaran dan seterusnya menjadi jurutera ujian penerbangan dan sistem mekanikal, sekali gus mengubah cita-citanya untuk menjadi terbang menjadi satu realiti.

Isteri Jiao, Dai Lin, telah merupakan tulang belakangnya dalam pelaksanaan eksperimen, dan turut berharap untuk memperkuatkan bahagian atas badannya untuk cuba bersama-sama melakukan penerbangan.

Melihat ke hadapan, Jiao membayangkan seluruh anggota keluarganya boleh melakukan penerbangan bersama-sama, yang saling tidak tumpah seperti filem sains fiksyen – dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Video

Berita Berkaitan