- Lain-lain
China Akan Buka 10 Kemudahan Sains kepada Akademia Antarabangsa

Foto yang diambil pada 15 Januari 2025 ini menunjukkan kemudahan penyelidikan pelakuran nuklear Tokamak Superkonduktor Canggih Eksperimen (EAST) di Hefei, provinsi Anhui, timur China. (Xinhua/Huang Bohan)
China akan memberi penyelidik dari seluruh dunia akses kepada sepuluh kemudahan penyelidikan sains utamanya tahun ini, seperti yang diumumkan pada majlis pembukaan Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 di Beijing, Rabu.
Kemudahan ini termasuk beberapa platform penyelidikan sains tercanggih di China, misalnya Teleskop Radio Apertur Sfera Lima-ratus-meter (FAST) yang terletak di provinsi Guizhou, Infrastruktur Simulasi dan Penyelidikan Persekitaran Angkasa di provinsi Heilongjiang, dan Tokamak Superkonduktor Canggih Eksperimen di provinsi Anhui.
Menurut pengumuman itu, langkah ini bertujuan memajukan lagi Pelan Tindakan Kerjasama Antarabangsa dalam Sains Terbuka, projek saranan China bersama rakan kongsi global pada 2025 untuk mewujudkan suasana yang terbuka, adil dan saksama tanpa diskriminasi demi pembangunan sains dan teknologi sejagat.
China sedang memacu inovasi teknologi menerusi kerjasama antarabangsa bertahap tinggi. Garis rangka Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) untuk pembangunan sosioekonomi negara China, yang diumumkan awal bulan ini, menyarankan pembinaan sebuah ekosistem yang terbuka dan inovatif dengan daya saing global, disokong usaha bersama saintis dari seluruh dunia bagi merungkai cabaran-cabaran saintifik asas dan baharu.
- China Terus Lakukan ‘Perkara yang Betul’
- Pembelanjaan Pengajian dan Penerokaan China Cecah RMB3.3 Trilion
- Saintis China Perkenal LLM Pelbagai Mod Pertama di Dunia Dalam Sains Geografi
- China Miliki Separuh Daripada 20 Bandar Sains Teratas
- Forum Ahli Sains Tengchong 2024 Dirasmikan
- Memacu Pembangunan Global Melalui Pembudayaan Sains
- China Sokong Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Main Peranan Penting dalam Tadbir Urus Global: PM Li
- Datuk Bandar Dari Serata Dunia Berdialog di Shanghai
- China Berikan Layanan Tarif Sifar kepada Semua Negara Paling Kurang Membangun
- China Akan Sumbang Lebih Banyak Kebijaksanaan, Teknologi Buat Pembangunan HSR Global
- China Umum Garis Panduan Dorong Pembangunan Insurans Sains, Teknologi
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- China Pinda Undang-undang untuk Dorong Pempopularan Sains
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi
- Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 Fokuskan Masa Depan Manusia
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- BOC Sediakan Dana Khas RMB60 Bilion untuk Perusahaan Sains dan Teknologi
- Mempertingkat Kemandirian Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Negara Sosialis Moden - Xi
- Xi Seru Perkasa Penyelidikan Asas, Pertingkat Inovasi Asli




