Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat, Duta Rusia Bincang Situasi Semasa

(CRI)Jumaat 27 Mac 2026

Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat Zhai Jun mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Rusia di China Morgulov di Beijing pada Khamis, bagi bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan situasi di Asia Barat.

Zhai Jun menyatakan bahawa situasi di rantau itu meruncing, memberi kesan buruk kepada negara-negara serantau, dan ini menjadi kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan Rusia menyokong penghentian kekerasan dan pemulihan rundingan dialog.

Zhai berkata, China dan Rusia harus bekerjasama untuk mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa serta mendorong peredaan ketegangan serantau.

Morgulov menyatakan bahawa Rusia amat bimbang dengan eskalasi situasi serantau dan bersedia memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan China, serta berusaha sepenuhnya untuk mendorong gencatan senjata dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan