Indeks Inovasi Negara China Naik ke Tangga Ke-9 dalam Ranking Dunia

(CRI)Isnin 30 Mac 2026

Indeks Inovasi Negara China telah naik ke tangga ke-9 dalam ranking dunia, menandakan kemaraan negara ini yang mantap ke arah untuk menjadi negara maju yang inovatif dan berteknologi tinggi.

Demikian ditunjukkan Laporan Indeks Inovasi Kenegaraan 2025 yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Strategi Pembangunan Sains dan Teknologi China dalam Forum Tahunan Zhongguancun 2026 di sini pada Ahad.

Laporan ini menetapkan 43 indeks dalam lima aspek, iaitu sumber inovasi, penciptaan ilmu pengetahuan, inovasi perusahaan, prestasi inovasi, dan tadbir urus inovasi, untuk menilai keupayaan 60 negara di seluruh dunia dalam bidang inovasi.

Keputusan penilaian tersebut menunjukkan, pada tahun 2025, negara-negara yang berada di tangga sepuluh teratas dalam ranking dunia adalah Amerika Syarikat, Switzerland, Sweden, Britain, Jerman, Jepun, Denmark, Korea Selatan, China, dan Belanda.

Berbanding tahun sebelumnya, China naik satu tangga.

Secara konkrit, China memperoleh 67.2 mata, yang lebih tinggi daripada Perancis dan Belanda, sekali gus mengecilkan jurang perbezaan dengan negara-negara yang berada pada tangga ke-5 hingga ke-9. Selai itu, China juga mengalami peningkatan indeks utama yang lebih tinggi dari negara-negara maju.

Jika dilihat dari keseluruhannya, keupayaan inovatif China yang meningkat secara berterusan sudah menghampiri negara-negara maju dengan Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita sekitar USD50,000 (RM201 ribu).

Menurut laporan tersebut, China yang sudah mempunyai agenda pemerkasaan negara melalui pembangunan sains teknologi, perlu meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan asas, mengoptimumkan struktur input output, menggalakkan penggabungan mendalam antara inovasi teknologi dengan inovasi industri, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan terhadap sistem dan mekanisme inovasi teknologi, memperhebat keberkesanan dalam sistem inovasi di peringkat kebangsaan, serta memberi lebih banyak anjakan dalam menerajui pembangunan berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan