Rai Ulang Tahun ke-67 Kejayaan Kempen Pembebasan Jutaan Hamba Tani di Xizang

(CRI)Rabu 01 April 2026

Penduduk dari pelbagai kalangan dan etnik di wilayah autonomi Xizang dengan memakai pakaian tradisi bersama-sama menyambut ulang tahun ke-67 kejayaan Kempen Pembebasan Jutaan Hamba Tani pada 28 Mac lalu.

Hari itu juga menyaksikan penganjuran upacara menaikkan bendera kebangsaan, menyanyikan lagu kebangsaan, persembahan seni dan kebudayaan serta ceramah tentang wajah baharu Xizang di pelbagai tempat wilayah itu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang direkodkan wilayah Xizang pada tahun 2025 mencatat RMB303.189 bilion (RM177.908 bilion), dan pendapatan boleh guna per kapita penduduk luar bandar mencecah RMB23,184 (RM13,604).

Selain itu, jangka hayat purata di Xizang meningkat kepada 72.5 tahun, sudah terbentuk sistem jaminan sosial yang merangkumi penduduk bandar dan luar bandar, dan mereka yang menetap di perkampungan secara purata mempunyai kediaman seluas 41.32 meter persegi.

Video

Berita Berkaitan