Delegasi Pusat Santuni Rakyat Xizang

(CRI)Jumaat 22 Ogos 2025
Delegasi Pusat Santuni Rakyat Xizang

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning yang mengetuai delegasi pusat menyantuni masyarakat tempatan di Lhasa, wilayah Xizang pada Khamis.

Kunjungan berkenaan dilakukan atas amanah daripada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Xizang.

Delegasi itu menziarahi tokoh-tokoh agama di Kuil Jokhang dan menghadiahkan kuil berkenaan dengan sehelai kain yang memaparkan petikan Xi Jinping "bersama membina komuniti bangsa China, membuka lembaran baharu demi Xizang yang indah".

Mereka turut meninjau pembangunan pengajian tinggi di Universiti Xizang dan melawat sebuah taman untuk melihat dengan lebih dekat usaha penghutanan dan penghijauan yang dilaksanakan wilayah itu.

Video

Berita Berkaitan