- Lain-lain
‘Kembara Musim Sejuk Xizang’ Jadi Daya Penarik di Xizang
Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China semakin mendapat perhatian oleh para pengunjung yang ingin mengalami sisi berbeza wilayah tersebut pada musim sejuk.
Pelancong berpusu-pusu ke tempat-tempat ikonik, seperti Jalan Barkhor berhampiran Kuil Jokhang, biara paling dihormati di Lhasa, dan masing-masing menzahirkan kekaguman mengagumi seni bina gaya Tibet dan membeli-belah barangan tradisional rakyat.
Di kaki puncak tertinggi di dunia, Gunung Qomolangma, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakam gunung yang bermandikan cahaya matahari keemasan menerusi lensa kamera masing-masing.

Foto menunjukkan pemandangan Istana Potala, tapak Warisan Dunia UNESCO, di Lhasa, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China. (Foto ihsan jabatan budaya dan pelancongan Xizang)
Persekitaran semula jadi Xizang yang kasar pada suatu ketika dahulu telah menimbulkan cabaran besar untuk pembangunan pelancongan.
Namun, kerajaan wilayah dan perusahaan tempatan telah mengambil langkah aktif untuk memecahkan batasan bermusim. Pada 2018, kempen ‘kembara musim sejuk Xizang’ yang pertama dilancarkan, dengan pelbagai insentif yang telah terbukti popular.
Wilayah tersebut menerima hampir 2.67 juta kunjungan domestik dari Januari hingga April tahun itu, iaitu peningkatan sebanyak 63.5 peratus tahun ke tahun, selain turut menjana lebih RMB3.5 bilion (AS$492.5 juta) dalam hasil pelancongan, atau peningkatan sebanyak 62.8 peratus dari tahun ke tahun.
“Kempen ini ibarat satu suntikan, (yang) memberi tenaga kepada pasaran pelancongan musim sejuk dan membantu Xizang secara beransur-ansur untuk keluar daripada musim luar tradisional,” kata Tang Wei, pengurus sebuah hotel di ibu kota wilayah Lhasa.
Tambah beliau, pemandangan musim sejuk di Xizang berbeza daripada musim-musim lain, yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelancongan ais dan salji Xizang telah mendapat momentum. Bandar-bandar termasuk Nyingchi dan Shannan telah melancarkan produk pelancongan yang menampilkan ski, luncur ais dan pemandangan salji, sekali gus menarik aliran pelancong yang besar.
Dengan mengubah sumber sejuk menjadi ‘ekonomi hangat’ yang berkembang pesat, kempen tersebut telah mendapat pengiktirafan dan pujian tidak kira sama ada daripada pelancong domestik, mahupun antarabangsa.
Di Jalan Barkhor, seorang wanita muda bernama Su, yang mengenakan pakaian tradisional Tibet, dan membuat gaya untuk diambil gambarnya oleh jurufoto. Ketika ini, jalan tersebut menarik ramai pelancong setiap tahun, yang rata-ratanya juga seperti Su.

Penduduk tempatan menonton persembahan di pesta ‘Lingka’ di kaunti Qiongjie, Shannan, Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China. (Xinhua/Tenzin Nyida)
Berasal dari Hefei di Provinsi Anhui, timur China, Su sedang menghabiskan cuti tahunannya untuk lawatan yang telah lama dinanti-nantikan ke Xizang.
“Saya sangkakan ia adalah musim cuti, namun masih ramai pelancong. Saya menikmati dasar yang menggalakkan untuk penginapan, tempat makan dan pengangkutan, dan saya dapat berjimat dengan banyak untuk bayaran masuk ke tempat-tempat tumpuan,” katanya sambil melemparkan senyuman.
Dasar-dasar yang menggalakkan yang disebut oleh Su adalah sebahagian daripada kempen ‘kembara musim sejuk Xizang’ kelapan, yang dilancarkan pada 1 November. Semasa kempen tersebut, semua kawasan pemandangan peringkat A di Xizang, kecuali tapak kuil, telah menawarkan kemasukan percuma, termasuk Istana Potala, iaitu tapak Warisan Dunia UNESCO.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sesi fotografi kostum Tibet di Jalan Barkhor atau di dataran Istana Potala telah menjadi pengalaman popular bagi ramai pengunjung muda ke Xizang.
Chunyu, jurugambar Su, mengendalikan studio fotografi kostum Tibet.
“Pakej standard kami berharga RMB399 yuan. Semasa musim puncak, secara puratanya kami menerima 60 hingga 70 tempahan setiap hari, dan sekarang pun kami menerima lebih 30 tempahan sehari,” kata Chunyu.
Bertahun-tahun yang lalu, beliau menyewa sebuah kedai di Jalan Barkhor sebelum berpindah ke halaman yang kini menempatkan lebih daripada 12 studio fotografi. Pada Julai 2023, lebih 100 studio tempatan membentuk persatuan industri fotografi Jalan Barkhor untuk menyeragamkan perkhidmatan masing-masing.
Memandangkan kempen ‘kembang musim sejuk Xizang’ terus berkembang dari sudut populariti, bandar-bandar di seluruh rantau ini memperkenalkan pelbagai produk pelancongan yang disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan.
Data menunjukkan bahawa dalam 10 bulan pertama tahun 2025, Xizang menerima hampir 67.72 juta lawatan domestik dan antarabangsa, meningkat 10.89 peratus tahun ke tahun, menjana kira-kira RMB78.18 bilion dalam hasil pelancongan, atau peningkatan sebanyak 9.62 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.
Xiao Chuanjiang, seorang pegawai jabatan budaya dan pelancongan wilayah menyifatkan bahawa angka-angka tersebut sebagai bukan sahaja menonjolkan momentum pertumbuhan yang kukuh dan potensi pasaran yang luas bagi industri pelancongan Xizang, tetapi juga prospeknya yang cerah.
- Jaringan Logistik Xizang Semakin Baik, Penghantaran ke Kaki Gunung Qomolangma Kini
- Lebih Pantas Lebih Jauh Industri Penghantaran Ekspres Xizang Pesat Membangun
- Xizang Alami Ledakan Pelancongan, Didorong Pembangunan Hijau
- Orang Ramai Sertai Perayaan Ulang Tahun Penubuhan ke-60 Xizang
- Delegasi Pusat Santuni Rakyat Xizang
- Xi Pulang Selepas Hadir Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang
- Perhimpunan Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang Berlangsung di Lhasa
- Rai Ulang Tahun ke-60 Wilayah Xizang, Dorong Pembangunan Moden - Xi
- Xi Hadir Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang
- Xi Hadir Gala Sambutan 60 Tahun Wilayah Autonomi Xizang




