- Lain-lain
Menteri Luar China, Jerman Bincang Situasi Asia Barat Menerusi Telefon
Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Jerman, Johann Wadephul telah mengadakan perbincangan menerusi telefon pada Khamis untuk bertukar-tukar pendapat berhubung situasi semasa di Asia Barat.
Wang Yi menyatakan bahawa serangan ketenteraan Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran tanpa mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jelaslah boleh dilihat sebagai pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.
"Sebagai dua negara kuasa besar yang bertanggungjawab, China dan Jerman seharusnya berpegang pada pendirian yang objektif dan adil, memainkan peranan yang konstruktif, mendorong kancah peperangan berkenaan dinoktahkan dengan secepat mungkin serta memulihkan keamanan dan kestabilan serantau," katanya lagi.
Sementara itu, Johann Wadephul menyatakan, Jerman menyokong peranan sewajarnya yang dimainkan PBB , menghargai lima cadangan yang dikeluarkan oleh China dan Pakistan mengenai pemulihan keamanan dan kestabilan di kawasan Teluk dan Asia Barat, serta bersedia untuk terus mengekalkan komunikasi dan kerjasama dengan China.
- Syarikat Jerman Papar Hasrat Perluas Pelaburan di China
- Lawatan Merz ke China Pacu Kerjasama Praktikal China-Jerman
- Potensi Pelaburan Bolehkan Bandar Kecil di Timur China Tarik Lebih 560 Syarikat Jerman
- Pemimpin China, Jerman Setuju Tingkatkan Hubungan Perkongsian dan Kerjasama Sama Menang
- China, Jerman Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- PM China Kemuka Cadangan Wujudkan Situasi Sama Menang Tahap Tinggi Dengan Jerman
- PM Jerman Tiba di Beijing
- Perdana Menteri Jerman Dijadual Adakan Lawatan ke China
- China Sekali Lagi Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Jerman
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich




