Mesyuarat Menteri Pertama Berlangsung di Bawah Mekanisme Dialog Strategik "3+3" China-Vietnam

(CRI)Selasa 17 Mac 2026

Mesyuarat peringkat menteri yang pertama di bawah Mekanisme Dialog Strategik Diplomasi, Pertahanan Negara dan Keselamatan Awam (3+3) China-Vietnam telah diadakan di Hanoi, Vietnam semalam.  Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Wang Yi, Menteri Keselamatan Awam, Wang Xiaohong dan Menteri Pertahanan, Dong Jun dari pihak China, serta Menteri Luar, Le Hoai Trung, Menteri Pertahanan, Phan Van Giang dan Menteri Keselamatan Awam, Luong Tam Quang dari pihak Vietnam.

Mesyuarat peringkat menteri yang pertama di bawah Mekanisme Dialog Strategik Diplomasi, Pertahanan Negara dan Keselamatan Awam (3+3) China-Vietnam telah diadakan di Hanoi, Vietnam semalam. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Wang Yi, Menteri Keselamatan Awam, Wang Xiaohong dan Menteri Pertahanan, Dong Jun dari pihak China, serta Menteri Luar, Le Hoai Trung, Menteri Pertahanan, Phan Van Giang dan Menteri Keselamatan Awam, Luong Tam Quang dari pihak Vietnam. (Xinhua/Hu Jiali)

Mesyuarat peringkat menteri yang pertama di bawah Mekanisme Dialog Strategik Diplomasi, Pertahanan Negara dan Keselamatan Awam (3+3) China-Vietnam telah diadakan di Hanoi, Vietnam semalam.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Wang Yi, Menteri Keselamatan Awam, Wang Xiaohong dan Menteri Pertahanan, Dong Jun dari pihak China, serta Menteri Luar, Le Hoai Trung, Menteri Pertahanan, Phan Van Giang dan Menteri Keselamatan Awam, Luong Tam Quang dari pihak Vietnam.

Kedua-dua pihak mengadakan pertukaran pandangan secara mendalam dan mencapai konsensus yang luas mengenai tema "Menyelaraskan Pembangunan dan Keselamatan, Memacu Perkembangan Negara Sosialis dan Bekerjasama Menghadapi Cabaran Bersama", dengan tumpuan terarah kepada perubahan dan perkembangan situasi antarabangsa, pemeliharaan keselamatan pentadbiran, serta kerjasama pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.

Menteri Luar China Wang Yi menegaskan bahawa kementerian luar kedua-dua negara perlu memperkukuh koordinasi dan kerjasama pelbagai hala, menjalankan komunikasi strategik mengenai dasar luar dan isu-isu serantau, meningkatkan kerjasama dalam platform pelbagai hala seperti China-ASEAN, Kerjasama Mekong-Lancang dan BRICS, serta mengendalikan isu-isu maritim dengan baik, bagi mewujudkan persekitaran antarabangsa yang lebih kondusif untuk pembangunan negara masing-masing.

Pihak Vietnam pula menyatakan kesediaan untuk berganding bahu dengan China, mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang dan bersama-sama meningkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Vietnam ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga mencapai kata sepakat untuk mengadakan mesyuarat peringkat menteri kedua Mekanisme Dialog Strategik "3+3" di China, memanfaatkan sepenuhnya komunikasi harian antara pegawai kanan di bawah mekanisme tersebut, dan meningkatkan kelancaran serta kelangsungan dalam pertukaran antara kementerian kedua-dua negara melibatkan kementerian luar, pertahanan dan keselamatan awam.

Video

Berita Berkaitan